Agar-agar Santan Sirap Ros ni memang nyaman aje rasanya. Sedap berperisa sirap ros, ada rasa lemak dengan lapisan santan. Resipi dari Naz@ovenkecil.blogspot ni boleh dicuba.Resipi daripada warisan bondanya di kampung, tetapi telah diubahsuai untuk kuantiti yang kecil sedikit.
Bahan-bahannya mudah aje, resipi ini telah pun dicuba Maisarah Sidi. Katanya ikut saja resipi dan tip yang diberikan. InsyaAllah menjadi.
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS Oleh : Naz @ ovenkecil.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan) *
1 biji telur ayam – masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap ros atau beberapa titis pewarna pink dan perisa ros
2 helai daun pandan – dibasuh dan disimpulkan
* Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, boleh kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
CARA MEMASAKNYA :
Ads
1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap ros. Masukkan juga simpulan daun pandan.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
TIPS PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah kawal api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Kemudian tutup api. Keluarkan daun pandan.
Ads
4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk. Nanti akan terbentuk dua lapisan, lapisan atas santan dan lapisan bawah agar-agar merah.
*Mudah saja kan cara membuat agar-agar santan sirap ros. Kalau nak dapatkan dua lapisan cantik, memang kena ikut tips yang diberikan. Mai memilih cara dengan membiarkan adunan menggelegak seketika lebih kurang 1-2 minit atas api sederhana. Memang menjadi.
*Ikut saja resepi dan tips penting yang dikongsikan. Tapi jangan risau, kalau tidak menjadi dua lapisan pun.. tetap masih boleh dimakan kan hehe.
Roti jala antara hidangan yang sesuai baik untuk makan pagi atau petang. Cicah dengan kuah kari memang gabungan mantap.
Bagi yang suka buat roti jala dalam jumlah banyak untuk makan sampai ke petang atau malam tip dari T-hah T-hah boleh digunakan supaya roti jala kekal lembut. Malah jika dibuat malam hari untuk hidangan pagi pun tiada masalah.
Cara bancuh roti jala supaya kekal lembut
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
2 biji telur A
1/2 tin susu cair(1 cawan)
150ml minyak masak
1500ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur
Cara membuat
1.Satukan semua bahan, kisar hingga sebati. Sedia untuk dimasak.
2.Sediakan kuali non stick. Jika guna kuali leper seperti masak daging burger lengser sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama. Seterusnya tak perlu.
3.TIP PENTING; sekiranya ingin membuat roti jala pada malam hari untuk makan keesokan pagi boleh mula buat jam 10 malam.
4.Selesai ‘mengirai’, biarkan roti betul-betul sejuk baru tutup bekas. Insya-Allah takkan basi. Boleh juga sejukkan bawah kipas.
Periuk nasi elektrik @ rice cooker memang memudahkan kerja-kerja memasak. Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit. Hanya letak di dalam bekas elektrik, tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak. Mudah dan nasi pasti masak sempurna.
Namun, jangan tak tahu, periuk nasi elektrik ni bukan itu sahaja fungsinya. Jika keadaan darurat, macam-macam boleh masak menggunakan periuk ni.
Mana tahu, tiba-tiba gas memasak habis, nak keluar beli pun susah. Nak beli lauk pauk yang dah siap pun tidak sedap. Jadi, periuk nasi elektrik ni adalah penyelamat anda. Masa memasak mungkin agak lambat berbanding penggunaan dapur biasa namun ia adalah cara yang boleh dicuba bagi anda yang tidak mempunyai dapur induksi yang boleh digunakan dikala kecemasan sebegini. Antara menu-menu mudah yang boleh anda cuba ialah:
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 batang serai | titik
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
150gm biji gajus
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1/2 bji bawang Holland | dadu besar
5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan madu, sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
Sedia dihidangkan.
3. DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasa, daging sedia dihidangkan.
4. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk.
Biarkan mendidih hingga daging empuk.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.
5. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
2 sudu makan tempoyak
2 batang serai | titik
5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 kuntum bunga kantan | jika suka
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Renehkan. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
6. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 16
4 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukupnya untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
3cm lengkuas
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian toskan.
Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.
Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.
Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.
Di hari cuti sebegini, kalau anda nak berbuka dengan menu istimewa memang sangat sesuai. Salah satu menu yang boleh dicuba ialah Chicken Cheese Potato Casserole ni. Sangat sedap & mengenyangkan! Cubalah. Anda pasti suka.
Ambil aduan dan bentukkan bulat-bulat. Lakukan sampai habis adunan dan masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
Sementara itu, sediakan sos.
Panaskan mentega dan campurkan tepung di dalam nya, kemudian tambah serbuk paprika, cream cheese dan whipping cream. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat.
Kemudian panaskan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan bebola ayam lebih kurang lapan minit.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.