agar-agar sirap

Nak buat agar-agar ni sebenarnya mudah sangat, terpulang nak buat perisa apa janji ada bahan. Kalau baru pertama kali nak mencuba buat agar-agar, bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh Ani Zam di Facebook iaitu resepi agar-agar sirap! Jangan pandang sebelah mata ya dengan resepi ni mentang-mentang sekadar sirap, tapi kalau dah jadi agar-agar yang dah disejukkan, gerenti ketagih banyak kali menyelinap buka peti sejuk ambil agar-agar sirap ni! Bukan anak-anak je yang sukakan agar-agar ni, mak ayahnya pun boleh bergaduh makan agar-agar ni. Jom kita cuba!

RESEPI AGAR-AGAR SIRAP

Agar-Agar Sirap Penyejuk Tekak Gerenti Menjadi!

BAHAN-BAHAN:

10 gram serbuk agar-agar –BELI DI SINI

1 liter air

Ads

Setengah cawan gula pasir –BELI DI SINI

Sebutir gula batu

Satu sudu makan sirap ros –BELI DI SINI

2 helai daun pandan

Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak agar2 bersama air hingga larut, kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, dan daun pandan yang disimpul dan garam

  1. Bila semua sudah sebati matikan api , tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang di sukai.

  1. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais, keluarkan potong dan sedia untuk di hidangkan.

 

 

SELAMAT MENCUBA!

Ads

Kredit foto & resepi: Ani Zam

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Bengkang Roti Gardenia Lemak Manis Secukup Rasa

Sos Thai Pelbagai Guna. Buat Sendiri Guna Resipi Ni Memang Puas Hati

Perap Dulu Guna Pes 3 Bahan Ni, Baru Sotong Bakar Rasa Kebih Sedap

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI