
Zaman dulu-dulu agar-agar sirap ros atau dipanggil lengkong ni memang jadi menu ‘wajib’ di majlis kenduri kendara. Aroma pandannya memang buat terliurlah.
Tapi agar-agar siap rose ni dah tenggelam dek penemuan pudding dan agar-agar pelbagai rupa yang menarik dan warna-warni. Yang geli hatinya bila dihidang pada anak-anak muda berebut depa memakannya.
Jom kita cuba agar-agar legend yang resipinya dikongsikan dalam FB Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Dahlah bahan-bahannya murah aje, buatnya pun punyalah mudahnya
AGAR-AGAR SIRAP ROS

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 paket agar- agar tali(25 gm)
- 2 liter air
- 3-4 helai daun pandan
- 2 cawan gula
- 1 ketul gula batu saiz setengah ibu jari
- 3 sudu teh sirap rose
CARA MEMASAK :
1. Rendam agar-agar hingga lembut
2 . Masak dengan 2 liter air dan pandan
3. Bila mendidih dan pastikan semua agar- agar sudah larut, baru masukkan gula dan sirap rose
4. Tapis dan bekukan dalam loyang @ bekas. Sedap dimakan sejuk-sejuk ni.

.
Kredit resipi : Wan Muhammad Hafiz Satar
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ATAU JUGA RESIPI INI :
JUGA VIDEO INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Masak Ketam Goreng Telur Masin Paling Mudah & Sedap.

Sedapnya Ketam Goreng Telur Masin ni. Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- Ketam
- Sedikit tepung jagung
- Telur masin direbus
- Daun kari
- Cili padi ikut kepedasan masing-masing
- 2 sudu makan mentega
- Susu cair | anggaran 1/2 cawan
- Minyak untuk menggoreng
- Sedikit gula
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.

2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.

7. Siap dan sedia dimakan dengan nasi panas.

Kredit foto & resipi: Izzati Insyirah Rosli
Masak Ikan Tenggiri Berlado Untuk Berbuka, Gerenti Puas Makan

Menu apa berbuka untuk hari ini? Gerenti nak yang pedas-pedas, baru lengkap hidangan. Boleh masak ikan tenggiri berlado ni, rasa aroma masakan tambah sedap bila dicampur dengan serai dan daun limau purut.
Ikan Tenggiri Berlado
Bahan-bahan:
Ikan( 7-8 keping)
11 batang cili merah *
3 ulas bawang putih *
½ biji bawang besar*
1 biji buat tomato(belah 4)
1 batang serai( diketuk )
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil serbuk belacan
1 sudu kecil serbuk perasa
Garam secukupnya
Gula(jika mahu)
Kisar @tumbuk kasar bahan yang bertanda *
Boleh gunakan cili padi jika mahu menambah pedas dalam masakan
Cara memasak:
1.Lumurkan kunyit dan garam pada ikan.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2.Gunakan minyak yang sama, masukkan cili yang telah dikisar tadi, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.

3.Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan (dan bahan yang lain). Gaulkan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

4.Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ia masak seketika.

5.Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Kredit: Nurul Ateekah
Buat Sendiri Botok-Botok Johor Yang Sedap, Ini Cara Paling Senang
Nampak Sedap & Berlumut Cantik Je Agar-agar Pandan Santan Ni, Jom Cuba Buat
Resipi Kuih Akok Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa
Himpunan Nasi Goreng Untuk Hujung Minggu! Pilih Yang Mana Suka.

Sarapan tak semestinya kena makan nasi lemak, mee, meehun… Apaka kata hari minggu kamu sediakan resipi yang lebih kreatif sedikit, tak susah pun cuma nasi goreng dengan pelbagai resipi pilihan unutk kamu cuba! Nasi goreng yang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk. Menu sempoi terlajak sedap. Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.
NASI GORENG TOM YAM KAW

BAHAN-BAHAN:
- 250gm nasi putih
- 4 ketul ayam | dipotong kiub
- ½ sudu teh rempah tom yam
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 ulas bawang merah
- 2 biji cili merah | diketuk
- ½ biji limau nipis
- 20gm hirisan timun
- 20gm hirisan lobak merah
- 10gm tauge | hiasan
- 1/2 biji tomato | hiasan
- Garam dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata.
5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata.
6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.
NASI GORENG TAUHU & KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi
- 100gm kacang buncis
- 2 ketul tauhu | goreng sedikit
- 4 ulas bawang merah | hiris nipis
- 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
- 3 biji telur
- 1 batang lobak merah | hiris
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
- Sedikit daun bawang
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
- Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
- Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
NASI GORENG UDANG

BAHAN-BAHAN
- 6 ekor udang bersaiz besar
- 3 cawan nasi putih
- 5 tangkai cili kering | dikisar halus
- 2 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- Secubit belacan | dikisar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan udang dan gaul hingga masak.
- Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
NASI GORENG KAMBING

ini memang popular di negara seberang. Andai ke kedai makan, pasti ada hidangan ini dalam buku menu. Nak lagi sedap, nikmati dengan keropok. Cubalah!
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi
- 4 batang kacang panjang | hiris halus
- 5 biji cili padi merah | hiris halus
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
- 150gm daging kambing | potong dadu kecil
- 2cm halia | kisar halus
- 2 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh air asam Jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
- Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
NASI GORENG AYAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
- 100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
- Sedikit hirisan kacang buncis
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit hirisan cili padi dan merah
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit minya masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.

LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.

LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.

LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.

LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.

LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.


