Cuaca panas begini bila dihidangkan dengan agar-agar sirap ros terasa nyaman tekak. Dah lama betul tak buat agar-agar lejen ni. Simpan dalam peti sejuk, potong untuk sekeluarga makan. Pasti tak sedar habis sepinggan.
Sosej homemade untuk anak. Sosej antara makanan kegemaran anak-anak. Nak beli yang dari kedai risau dengan kandungan tinggi MSG dan sebagainya. Jadi lebih baik buat sendiri kat rumah. Mudah sahaja nak buat dan lebih sedap serta berkhasiat untuk anak-anak makan.
Resipi Sosej Homemade
Sosej merupakan sejenis makanan proses yang dijadikan sebagai pilihan makanan ringan dan boleh dikatakan sebagai snek harian tidak kira waktu.
1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh ) – beli online disini
1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Sedapnya Puding Jagungsimple perkongsian saudara Salman Rahim ni. Bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas. Memang tak renyah cara penyediaannya. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
Rempeyek kacang tanah ni, orang kata memang ‘berhantu’. Masa makan memang ralit tak boleh berhenti. Sambil borak, tak sedar dah habis sebalang.
Biasanya, resipi nak buat rempeyek ni kena ada air kapur. Tapi, jangan risau bila nak buat tapi tak ada air kapur. Masih boleh juga diteruskan dan hasilnya, insya-Allah tetap rangup. Cuma guna campuran tepung beras dan tepung kanji atau tepung ubi kayu.
Menurut Ummu Ashraf dalam perkongsiannya, dia seronok buat kudapan sendiri ni sebab dapat adjust rasa rempah ikut suka. Dia suka rasa rempah dalam rempeyek dan dengan nisbah kacang pada tepung yang sekata. Boleh cuba ikut resipi rempeyek kacang dan ikan bilis tanpa air kapur yang dikongsikannya.