Agar-Agar Sirap Ros, Sejukkan Dulu Baru Nikmat Di Tekak

Share

Cuaca panas begini bila dihidangkan dengan agar-agar sirap ros terasa nyaman tekak. Dah lama betul tak buat agar-agar lejen ni. Simpan dalam peti sejuk, potong untuk sekeluarga makan. Pasti tak sedar habis sepinggan.

Agar-agar Sirap Ros

Bahan-bahan:

20g agar-agar tali-beli online di sini

6 cawan air

1/2 cawan gula

Sedikit gula batu

3/4 cawan sirap berperisa ros (dah sedia manis)

3-4 helai daun pandan

Secubit garam

 Cara memasak:

1.Masak agar-agar dengan air hingga larut.Kacau.

2.Masuk gula dan gula batu,kacau lagi.

3.Masuk sirap berperisa ros, daun pandan serta secubit garam

4.Kacau-kacau,biar ia masak hingga mendidih.

5.Tapiskan dalam loyang 8/9. Biarkan beku,sejukkan dalam peti sejuk

6.Potong ikut citarasa sedia untuk dihidang

Kredit: Zura Zul

 

Published by
Putri