Makan

Agar-Agar Yogurt Buah Campur, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk

Share

Bestnya kalau cuaca panas-panas ni dapat makan makanan yang sejuk kan? Jom kita buat Agar-Agar Yogurt Buah Campur untuk berbuka puasa nanti. Tak perlu bahan yang banyak pun dah boleh buat satu hidangan pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan. Hidangan ini ternyata lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Yogurt Asli yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Yogurt ini pastinya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan. Jom cuba, pasti licin sepinggan!

AGAR-AGAR YOGURT BUAH CAMPUR

Bahan-bahan:

  • 20gram agar-agar kering/tali
  • 200gram Fernleaf Yogurt Asli
  • 200ml Fernleaf Susu UHT
  • 400ml air
  • 180gram gula
  • 1 cawan buah-buahan campur

Cara Memasak:

  1. Satukan agar-agar kering dengan air dan gula. Didihkan hingga semua bahan larut. Tapis dan masukkan semula dalam periuk.
  2. Masukkan Fernleaf Susu UHT dan didihkan dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
  3. Tutup api, masukkan Fernleaf Yogurt Asli dan buah-buahan campur. Kacau sebati.
  4. Tuang ke dalam acuan pilihan dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam. Hidangkan sejuk.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma