Sempena bulan Ramadan ini, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam (6) tahun berturut-turut.Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk. Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan. “Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini. “Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan. Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Pengedaran Bubur Lambuk berlaku di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini .
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak. Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Oleh itu, Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official