Air Asam Menyengat, Makan Dengan Ikan Kukus. Padu teruk!

Share

Selalunya, kalau buat air asam memang dipadankan dengan ikan bakar ataupun ikan kukus. Rasa air asam yang pedas, masam, masin dan manis ini memang buatkan nasi tambah berpinggan-pinggan.

Lauk ringkas tapi inilah yang menyelerakan. Nak tahu cara buat air asam yang menyengat? Ikuti resipi perkongsian daripada Ameera ini. Bila makan, dah tak toleh kiri dan kanan. Jom buat.

AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

10 biji cili padi – Boleh beli online di sini

2 biji besar cili merah

1 biji tomato 

1 biji bawang besar (dihiris)

Asam jawa biji – Boleh beli online di sini

1 cawan air suam

Belacan – Boleh beli online di sini

Sedikit garam

2 sudu besar gula

1 sudu besar sos tomato – Boleh beli online di sini

1 sudu besar sos cili

CARA MEMASAK:

Ambil asam jawa biji separuh begini. Pakai asam jawa biji ini bila buat air asam, memang sedap.

Belacan boleh dibakar ataupun tidak, ikut citarasa masing-masing. Saya tak bakar.

Ambil secawan air suam.

Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.

Letakkan sedikit garam dan gula. Ada rasa manis, masam, pedas dan sedap.

Tenyehkan belacan tadi pada tangan.

Letakkan sos tomato dan juga sos cili.

Bancuhkan asam jawa dengan air suam. Tapiskan dan buang bijinya.

Gaulkan semua bahan tadi sehingga sebati. Inilah namanya rahsia air tangan.

Siap dan sedia dihidang.

Kukuskan ikan (jenisnya ikut citarasa masing-masing). Ini ikan bawal tambak. Kukuskan ikan yang telah diletak garam dan kunyit selama 20 minit sahaja. Bolehlah dimakan bersama air asam.

Kredit: Ameera

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida