
Membuat air asam untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa. Jom kita tengok resipi yang ini. Nampak memang sedap sangat ni.
BAHAN A:
- Bawang besar
- Tomato
- Cili padi hijau
- Cili merah
BAHAN B:
- Bawang besar
- Tomato
- Cili padi hijau
- Cili merah
- Belacan
- Air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
- Kerisik secukupnya
- Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & gambar: FB Animas Nurjana Abdul Halim
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Nasi Lemak Tak Pedas Untuk Anak. Daun Pandan Rahsia Bangkit Aroma

Sambal nasi lemak tak pedas untuk anak. Daun pandan rahsia bangkitkan aroma. Cuti sekolah dah tiba lagi. Seronok bila anak-anak ada di rumah. Mak-mak nak masak pun lebih bersemangat.
Nasi lemak memang kesukaan ramai termasuk anak-anak. Tapi kadangkala sambal yang pedas membuatkan anak-anak tak boleh makan. Kali ini di kongsikan resipi sambal nasi lemak yanf tak pedas, khas untuk anak-anak. Aroma sambal ini sungguh wangi bila dimasukkan daun pandan di dalamnya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ini ye. Selamat mencuba!
Resipi Sambal Nasi Lemak Tak Pedas
Bahan-bahan:
½kg ikan bilis (kopek) – boleh beli online di sini
1 mangkuk cili kering kisar – boleh beli online di sini
10 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
4 labu bawang besar (dikisar)
1 ketul belacan (kisar) – boleh beli online di sini
Segenggam ikan bilis (dikisar dengan belacan)
Daun pandan
3 sudu besar sos cili – boleh beli online di sini
4 keping nise atau gula Melaka – boleh beli online di sini
3 sudu besar sos tomato – boleh beli online di sini
2 keping asam gelugur – boleh beli online di sini
3 labu bawang dipotong bulat
Sedikit Ajinomoto – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Panaskan minyak. Lebihkan sedikit minyak agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan, tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Masukkan juga belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan. Masukkan asam keping.

Setelah itu masukkan cili kering kisar. masak sehingga pecah minyak. Masukkan terus nise biar mencair dalam sambal. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian perasakan dengan ajinomoto. Gaul sebati.

Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manisnya. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Kuah Kacang Tanpa Belacan & Santan, Boleh Cuba Buat Nanti

Lain orang lain caranya membuat kuah kacang. Kuah kacang dimakan dengan nasi impit memang susah nak berhenti. Resipi yang dikongsi oleh Cr Nur Hafizah ni dapat dari resepi arwah bonda mak senior sekolah dulu. Resepi ni diberi kredit untuk kak asma Nurul Mansor. Tak ada penggunaan belacan dan juga santan. Nampak rupa pun sedap belum lagi merasa. Bolehlah cuba buat nanti.
Kuah Kacang
- Bahan-bahan:
- 500g kacang tanah
- 13 tangkai cili kering
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras (saya letak dua biji)
- Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa pes adabi)
- 2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)
- 5 sudu gula (ikut resepi asal sedap kalau guna gula merah, tapi tak ada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)
- Garam
- Perasa (resipi asal ada, tapi saya tak letak)
- 2 batang serai
Cara membuat:
- Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
- Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.
- Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
- Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
- Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
- Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.
- Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.
Resipi Ayam Goreng Rempah Sempoi. Sedap & Juicy, Memang Best!
Resipi Tauhu Fantasi Dengan Hanya Lima Langkah Mudah, Rasa Confirm Sedap
Sedapnya Kopi Latte Ala Kampung, Buat Sendiri Tapi Rasa Macam Kopi Mahal
Sambel Goreng Putih Kacang Tolo Menu Jawa Yang Boleh Dicuba

Tau apa itu kacang TOLO? Kacang tolo ialah kacang berwarna putih yang ada sedikit hitam macam mata. Kacang ni ada orang masukkan dalam ketupat palas atau ketupat pulut yang dibalut dengan daun kelapa.
Orang jawa ada menu tersendiri yang menggunakan kacang tolo ini. Antara resipi yang boleh dibuat dari kacang tolo ni ialah Jangan Santen, Sambel Goreng Putih, Sambel Goreng Jawa Pedas dan banyak lagi.
SAMBEL GORENG PUTIH KACANG TOLO
Bahan-bahan:
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan kacang tolo – rendam setengah jam dan rebus empuk, toskan
2 biji tempe – potong dadu & goreng
2 biji tauhu – potong dadu & goreng
30gram suhun – rendam sekejap
30gram fucuk – rendam sampai lembut
10 ekor udang segar medium – buang kulit
2 biji cili merah – hiris
10 biji cilipadi – hiris
6 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1/4 inci halia – hiris
2 batang serai – hiris
1/1 inci belacan
Garam, merica (lada sulah) dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan wangi.
2. Masukkan udang dan belacan, tumis beberapa minit lagi.
3. Masukkan fucuk, suhun, tempe goreng, tauhu goreng dan kacang tolo rebus. Kacau sebati.
4. Tuang santan dan didihkan dengan api yang sederhana hingga semua bahan sempurna dan kuah memekat.
5. Tambah garam, merica (lada sulah) secukup rasa. Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasanya. Hidangkan.

*selain udang, boleh juga guna paru goreng, hati dan pedal ayam goreng, udang kertas yang kecil2 dan digoreng atau hirisan daging goreng.
*kuantiti cili boleh ditambah jika suka pedas.
*boleh tambah daun salam atau daun limau purut jika suka (untuk bau yang harum)
Kredit: Sue M Arukin
Sos Thai Pelbagai Guna. Buat Sendiri Guna Resipi Ni Memang Puas Hati
Resipi Sos Pencicah Thai Sedap. Guna Bahan-Bahan Ni Comfirm Jadi.
Buat Stok Sambal Udang Kering, Boleh Dimakan Terus Atau Untuk Menumis

