Air Basuhan Beras & Ikan Jangan Buang. Inilah Rahsia Pokok Cili Lebat, Sedulang Hasilnya!

Share

Kalau tanam pokok cili di rumah, selepas basuh beras dan ikan, airnya jangan dibuang. Boleh digunakan untuk siraman pokok cili pula.

Sebab khasiat dua air ini untuk pokok cili memang guna. Kalau diamalkan sekali petik boleh dapat sedulang hasilnya. Petua inilah yang diamalkan oleh So Na Ta

untuk tanaman cili di rumah.

Bagi yang tanam pokok cili di rumah, elok jika praktikkan petua yang dikongsi beliau supaya meriah hasilnya. Daun dan cili macam sama banyak.

Petuanya mudah saja;

1. Simpan air basuhan ikan (air basuhan pertama dan kedua) dan siram pada pokok cili.

2. Siram juga pokok dengan air beras.

3. Dua minggu sekali letak baja organik.

Nah, sedulang hasil kutipan cili!

Mudah saja kan!

Selamat mencuba!

Sumber: So Na Ta via Berkebun D Rumah

 

Published by
Rose