Air Cincau Tembikai Susu, Rasa & Rupa Mengancam Sungguh.

Share

Kalau panas-panas kalau dapat air sejuk, pegrhhh sedap sungguh, selalunya, penyelesaian terbaik kit selalu membei je airsejuk yang perlbagai jenis dijual, kalau nak sedap harga boleh tahan mahalnya, paling kurangpun RM5, Tapi kenapa perlu bazirkan duit hanya untuk puaskan tekak yang kehausan.Apa kata sesekali korag cuba buat sendiri di haaaaaari cuti ini.


.

AIR CINCAU TEMBIKAI SUSU
BAHAN-BAHAN:

  • Tembikai susu secukupnya | parut kasar
  • Cincau secukupnya | potong dadu kecil
  • Nata decoco secukupnya
  • Biji selasih secukupnya | rendam dalam air
  • Air gula Melaka secukupnya
  • Susu pekat manis secukupnya
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan gula Melaka dalam gelas, diikuti cincau, tembikai susu dan nata decoco.
  2. Kemudian masukkan selasih dan sedikit air (jika perlu).
  3. Seterusnya tuangkan susu pekat manis diatasnya.
  4. Akhir sekali masukkan ais dan sedia dihidangkan.
  5. Jika belum sedia dihidangkan, simpan dalam peti sejuk.

By : @uulfarandfavian

Published by
Norasida Myasin