
Nak perut kempis dan pada masa yang sama sihat dalaman? Boleh cuba amalkan minum air rebusan kunyit ni. Ia menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mudah dihasilkan. Namun ia tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung.
AIR JAMU KEMPIS PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan air
- 5cm kunyit hidup | hiris kasar
- 2 cm halia | hiris kasar
- 1/2 biji lemon | potong bulat
- 1 biji buah manjakani
- 2 batang serai | dititik
- 4 ketul gula batu
- 2 sudu teh madu
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kunyit dan halia.

2. Kemudian masukkan serai dan hirisan lemon.

3. Masukkan buah manjakani, gula batu dan madu.

4. Renehkan sehingga tinggal kira-kira 1 cawan air.

5. Tapis dan sejukkan seketikan. Sedia diminum.

TIP:
- Lemon boleh digantikan dengan pes asam jawa atau limau nipis.
- Boleh diminum dua kali sehari.
- Boleh disimpan dalam peti sejuk tetapi pastikan tidak lebih daripada 3 hari.
- Tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senggugut! Amalkan 4 Jus Ini Gerenti Hilang Sakit

Sakit senggugut memang tak terkata, ia bukan sahaja menjejaskan mood tapi mengganggu kelancaran rutin harian. Sudah macam-macam cara dilakukan bagi mengatasi masalah senggugut setiap bulan ini tapi gagal? Jangan putus asa, cuba idea dengan mengamalkan empat jenis jus yang admin kongsikan ini, harap ia membantu meredakan kesakitan. Amalkan jus ini semasa haid, mana tahu boleh menyelesaian masalah senggugut yang sekian lama anda tanggung selama ini.

JUS CAMPURAN NANAS DAN LOBAK MERAH
Gabungan buah nanas dan lobak merah yang manis dan segar ini bukan hanya boleh meredakan sakit perut tetapi juga membantu anda berasa lebih selesa semasa haid. Ia kerana nanas mempunyai kandungan bromelain yang membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih releks, sementara kandunga vitamin A yang tinggi dalam lobak merah baik untuk kesihatan tubuh.
BAHAN-BAHAN JUS
- 1 potong nanas
- 2 batang lobak merah
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan madu | jika suka
CARA MEMBUAT:
- Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
- Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
- Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.

JUS CAMPURAN APEL LOBAK MERAH DAN OREN
Campuran apel, lobak merah dan oren bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi juga jus.Anda wajar amalkan jus ini semasa haid, kerana ketiga-tiga buah berikut kaya dengan vitamin C yang berfungsi membantu mencegah peradangan maka secara tidak langsung mampu mengurangkan rasa sakit senggugut.
BAHAN-BAHAN JUS:
- 1 biji apel hijau
- 2 biji oren | buang kulit dan biji
- 4 batang lobak merah
- 1/2cawan air
CARA MEMBUAT:
- Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
- Kisar halus dan tapis airnya.
- Sedap diminum secara sejuk.

JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT
Buah avokado dikatakan pereda senggugut yang baik kerana kandungan isinya berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Di samping itu ia juga kaya dengan vitamin B6 yang membantu mencegah mood swing dan sakit-sakit badan. Ditambah dengan buah bit yang kaya dengan zat besi.Semasa haid, tubuh kehilangan beberapa mineral, termasuk zat besi.Dengan mencampurkan buah ini ia mampu mengantikan zat besi yang hilang.
BAHAN-BAHAN JUS
- 1 biji buah Bit |Saiz sederhana
- 1/2 biji isi buah Avokado
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 1/2 susu rendah lemak atau air
CARA MEMBUAT JUS:
- Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.

JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM
Salah satu jus yang wajib anda cuba adalah jus campuran pisang dan bayam. Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu mengelakkan kembung. Ini kerana semasa senggugut, keadaan menjadi lebih teruk bila disertai dengan perut kembung. Sementara bayam merupakan antioksida yang berupaya menjadikan metabolism badan menjadi lebih baik.
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan daun bayam mentah
- 2 biji pisang | saiz sederhana
- 150 yogurt vanila
Cara Membuat:
- Campaurkan semua bahan dalam pengisaa dan kisar halus.
- Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.
Jeruk Limau Kasturi Asam Boi Homemade, Buat Sendiri Hanya Guna 3 Bahan

Bagi anda yang suka minum minuman sejuk berperisa, boleh cuba buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi ni. Jika minum di kedai, mesti ada yang terlebih manis atau terlebih masam,. Buat sendiri boleh ‘adjust’ rasa. Malah puas minum! Kulit limau tu pun boleh dimakan dan tak pahit. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Bertley. Lepas ni tak perlu beli kordial berwarna dari kedai lagi.
RESIPI JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:
- Limau Kasturi
- Asam boi putih
- Candy brown sugar- boleh beli di pasaraya

CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih limau kasturi.

2. Rebus air hingga mendidih. Pastikan kuantiti air dapat menenggelamkan Masukkan limau ke dalam periuk dan biar mendidih 8-9 minit. Kacau sekali sekala supaya masak sekata. Kemudian toskan. Biar kering, tiada air di kulit luar limau. Nak lagi mudah, ambil tisu dan golek limau sambil keringkan dengan kipas.

3. Bila kulit limau sudah kering,ambil pisau tajam dan potong limau seperti dalam gambar. Jangan sampai putus.

4. Ambil penapis dan mangkuk kemudian picitl limau sampai habis jus. Buang semua biji yang ada.
5. Hasil jus limau yang diperah tadi.

6. Kemudian, ambil asamboi dan sumbat masuk dalam limau. Lebih mudah jika beli limau kasturi bersaiz besar.
7. Hasil limau kasturi yang telah disumbat dengan asam boi.

8. Seterusnya, tumbuk Candy Brown Sugar sampai hancur.

9. Ambil balang kaca dan letak limau asam boi di bahagian dasarnya. Kemudian masukkan candy brown sugar yang sudah ditumbuk tadi. Lakukan secara berselang seli.

10. Setelah siap dilapis, beginilah rupanya nanti. Lapisan paling atas tu haruslah gula.

11. Akhir sekali, tuang jus limau kasturi yang telah diperah tadi.

12. Tutup balang kaca tdan simpan di tempat redup dan kering. Perap selama 3 bulan supaya limau dan asam boi menjadi lembut dan manis. Dalam 2-3 hari sekali, goncangkan balang agar jus terkena pada limau yang dibahagian atas.

13. Setelah cukup tempoh pemeraman, limau dan asam boi akan menjadi lembut macam ni. Untuk menikmatinya, ambil limau dan tambahkan air sejuk. Ubah suai rasa ikut selera.

Kredit resipi & foto: Sue Bertley
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ais Krim Soda Sakura, Rasa Masam Manis yang Buat Hari Pun Ceria!

Comel dan menyelerakan ais krim soda sakura ni.Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan.
Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis.Jika ada yang nak mencuba boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Cik Fieyza.
AIS KRIM SODA SAKURA
Bahan-bahan:
1 tin laici dalam tin
1 botol air aiskrim soda
Air gula – tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang.
1 sudu tepung jagung (larutkan dengan air)
Plastik aiskrim
Pewarna pilihan
Cara membuat:

1.Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.

2.Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.




3.Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.

4.Siap untuk dinikmati.
Kredit: Novelis Affieyza Isahak
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan Plastik Aiskrim Sekarang
Buat aiskrim sendiri di rumah! Plastik Aiskrim ni senang isi & tak mudah bocor.

