
Ni petua yang min jumpa hasil perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. Katanya minum air kelapa muda dengan limau nipis baik untuk penderita kencing manis dan darah tinggi. Cuba semak macam mana caranya…

AIR KELAPA MUDA DAN LIMAU NIPIS

MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN GULA KENCING MANIS DAN DARAH TINGGGI

Cara penyediaannya:
1. Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau nipis lagi masam lagi bagus. Tapi orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangat kan.
2. Minum sehari satu ke dua kali, In Sha Allah bacaan gula kencing manis dan darah tinggi akan turun dan normal kembali.
3. Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dan limau nipis ini membantu di dalam masalah kita.
4. Hanya ALLAH SWT yang bisa menyembuh kan segala penyakit tersebut.
Semoga petua ini bermanfaat buat kita semua ye.
Kredit :Dayyan HaadiDayyan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kari Ayam Pedas Sedap Tanpa Santan, Kuah Pekat Padu

Resipi kari ayam memang ada banyak versi. Tapi yang ini kari ayam tanpa santan. Lebih kurang macam kari mamak.
Agar lagi ‘kick’ kari ini dibuat pedas supaya kena dengan citarasa kita. Bagi yang nak cuba ini resipinya.
Resipi kari ayam pedas tanpa santan
Bahan-bahan
Ayam -dipotong
Daun kari
Rempah 3 sekawan -kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging Babas
Serbuk cili (mengikut citarasa)
4 sudu kecil gula merah
½ sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa
2/3 biji kentang -dipotong
1-2 biji cili besar -jika suka
1 biji tomato -jika suka
Bahan kisar
1½ biji bawang besar
1 ½ inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
12 tangkai cili kering -dibuang biji

Cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 3 sekawan bersama daun kari hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, serbuk cili serta sedikit air. Masak lagi sehingga tumisan tersebut pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga ayam empuk.
5. Seterusnya masukkan gula merah, diikuti kentang. Masak hingga kentang empuk.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Ketika ini boleh masukkan cili besar dan tomato jika suka. Masak hingga gulai pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.

TIP : Pastikan kari ini tak menggunakan banyak air supaya kuahnya pekat. Barulah rasanya sedap.
Kredit resipi & foto: Nursyazwani Mahmud
Baca Lagi: Resipi Kari Ayam Kentang Sedap Tanpa Guna Bawang Kisar
Pokok Cekur Berbaloi Tanam, Daun & Ubi Boleh Makan

Pokok cekur atau kencur ini memang berbaloi sangat ditanam. Bukan saja daun, ubinya juga boleh dimakan.
Ia boleh diolah menjadi pelbagai hidangan, dari masak lemak, kerabu, tumis, malah daun cekur ini juga enak bila dijadikan ulam.
Dalam pada itu sayur ini juga punya khasiat kesihatan tersendiri malah ia juga tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan membiak. Ia boleh saja ditanam dalam pasu atau atas batas.
Cara tanam pokok cekur

Berikut adalah panduan yang boleh digunakan jika mahu menanam sayur ini.
– Untuk penanaman cekur boleh gunakan benih atau ubinya dari pokok cekur yang sedia ada. Atau boleh beli ubi atau rhizom dari pasar tani atau pasar biasa.
-Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik.

– Sediakan pasu atau dalam bekas khas isikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan). Pastikan pasu mempunyai lubang air keluar.
– Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Tunas baru akan keluar daripada ubi yang ditanam ini. Jika tanam dari pokok cekur sedia ada, boleh tanam sekali dengan pokoknya.

– Bagi pembajaan pokok cekur boleh gunakan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun.
– Daun cekur boleh dikutip seawal 3-4 bulan lepas tanam, bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan.

Sumber : Anim Hosnandan Facebook Berkebun D Rumah
Artikel berkaitan: Tanam Pucuk Manis Dalam Pasu, Senang Nak Buat Masak Lemak
Minyak Zaitun Lain Jenisnya, Lain Pula Kualiti Dan Kegunaannya.

Minyak zaitun adalah makanan sunnah yang terbukti manfaat kesihatannya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, sabdanya “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.”

Minyak zaitun kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan kandungan polifenol yang bermanfaat untuk pesakit jantung dan hipertensi. Kita biasanya mengenali jenis minyak zaitun sebagai ‘dressing’ salad sahaja atau dimasukkan dalam hidangan barat seperti pizza dan spageti.
Tapi sebenarnya ia boleh aje digunakan dalam masakan tempatan, tapi minyak zaitun ni ada banyak jenisnya mengikut cara ia diproses. Lain jenis lain pula kualiti dan kegunaannya. Jom ambil tahu…
1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Minyak zaitun jenis ini adalah hasil dari perahan pertama sari buah zaitun. Kandungan polifenolnya sangat tinggi. Selain itu jeis ekstra virgin ini adalah pilihan paling sihat kerana tidak melalui proses pengolahan yang terlalu banyak.
Sesuai untuk dressing, sos salad, dicelupkan pada roti secara langsung atau sebagai suplemen kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan sebagainya. Rasanya sedikit pahit dan pedas.Minyak ini boleh juga disapukan kepada kulit untuk mereka yang mengidap ekzema.
2.VIRGIN OLIVE OIL

Seperti juga minyak zaitun extra virgin , ia juga tidak melalui proses penyaringan. Bezanya dari yang ekstra adalah ia lebih ringan dan tahap keasidannya lebih tinggi. Ia biasanya digunakan untuk dressing salad dan juga menggoreng makanan yang berlemak rendah.
3. REFINED OLIVE OIL

Ia adalah minyak zaitun jenis virgin yang melalui proses penapisan dan penyaringan. Biasanya minyak jenis ini memang dikhususkan untuk memasak makanan. Rasa dari buah zaitunnya sangat ringan dan tidak terasa. Bagaimanapun proses penyaringan juga mengurangkan kandungan anti oksidan di dalamnya.
Disebabkan kandungan anti oksidan yang kurang , daya tahannya lebih lama. Minyak zaitun ‘refine’ (penapisan, penyulingan) ini biasanya juga ditambah dengan vitamin E dan sesuai untuk memasak secara ‘deep fry’ (minyak penuh)
4. PURE OLIVE OIL

Perkataan ‘pure’ dan klasik sering memberi tanggapan ia adalah perahan asli dari buah zaitun. Hakikatnya minyak zaitun yang dilabel perkataan ‘pure’ ini sebenarnya adalah campuran dari refine olive oil dan virgin olive oil. ‘Pure’ di sini maksudnya ia dicampur dengan minyak zaitun juga dan bukan jenis minyak lain
5. LITE @ LIGHT OLIVE OIL

Usah salah anggap, label ‘light’ merujuk kepada kekuatan rasa dalam minyak dan bukan jumlah kalori di dalamnya. Minyak zaitun jenis light ni sudah melalui tahap penapisan yang lebih banyak untuk menghilangakan warna, aroma dan rasanya Minyak ini lebih sesuai untuk memasak kaedah deep fry dan juga memanggang.
6. OLIVE POMACE OIL
Biasanya dijual dengan harga lebih murah dan kualitinya rendah berbanding dengan jenis lain. Ia sebenarnya adalah produk sampingan (by product) daripada buah zaitun yang di estrak kali kedua dan telah melalui proses penapisan. Sebenarnya ia lebih kurang sama dengan kategori seperti minyak jagung, minyak canola dan minyak bijian yang lain.
Ia adalah baki minyak pada buah zaitun 5- 8 % yang masih ada setelah ia diperah sebelum ini dalam penghasilan minyak zaitun. Dari baki minyak itu ia akan melalui proses di mana pelarut kimia dimasukkan dan proses penapisan dilakukan untuk menghasilkan Olive Pomace Oil.

