Memang tak pernah dengar lagi Admin dengan air kopi beras goreng ni, resipi dari Sitiz MdSaad sangat menarik perhatian sehingga ramai yang berkongsi resipi ingin mencuba. Cara opah buat kopi gaya orang lama cubalah rasa!

Dah beberapa hari teringin nak buat. Hari ni baru terbuat. Last minum masa kecik-kecik. Dulu-dulu family mak susah. Nak minum kopi, tak mampu nak beli. So, arwah opah buat beras goreng. Rasa memang tak sama macam kopi. Tapi sedap jugak. Nak minum kosong boleh, nak campur susu pun bolehSitiz MdSaad

Air Kopi Beras Goreng, Cara Opah Buat Kopi Style Orang Dulu-Dulu! Sedap Berlemak…
Goreng garing dan kehitaman.

 

Bahan Utama:

Ads
  • Beras

Cara-Cara:

  1. Beras (basuh, toskan hingga betul-betul kering ).
  2. Sangai tanpa minyak sampai garing dan kehitaman. Tak perlu terlalu rentung sangat ( kalau nak rasa lemak, boleh taburkan secubit garam. Agak-agak je. Cukup sekadar nak membangkitkan rasa lemak).
  3. Dah siap goreng, sejukkan. Lepas tu boleh blender.
Air Kopi Beras Goreng, Cara Opah Buat Kopi Style Orang Dulu-Dulu! Sedap Berlemak…
Selepas dikisar.

 

Nota:
Walaupun masa goreng tu ada bau hangit, tapi bila dah buat air bau hangit tu takde. Rasa pahit macam kopi. Tapi takde rasa kopi, takde rasa beras

Ads
Air Kopi Beras Goreng, Cara Opah Buat Kopi Style Orang Dulu-Dulu! Sedap Berlemak…
Siap untuk diminum.

 

Ads

Kredit resipi: Sitiz MdSaad 

https://www.facebook.com/sitiz.mdsaad/videos/2060530667294926/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI