Air Mango Dessert, Sedap Menyegarkan Tekak

Share

Air mango dessert ini memang sedap. Ada rasa manis dan lemaknya. Sejuk dan menyegarkan bila diminum.

Puasa pun dah tak lama lagi. Boleh simpan resipi ini siap-siap untuk berbuka puasa. Resipi dikongsikan oleh puan Fatien Zaini.

Air Mango Dessert, Sedap Menyegarkan Tekak

Bahan-bahan:

 3 cawan susu segar

 1 paket serbuk jeli berperisa mangga (masak & sejukkan serta dipotong dadu)

1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)

1 cawan susu pekat

 2 biji mangga (dipotong dadu)

1 cawan sagu

Air secukupnya

1 tin laici tin (ambil buah sahaja)

Air batu

Cara Memasaknya:

Pertama, masak jeli berperisa mangga. Bila masak, sejukkan dan kemudian potong seperti dadu. Ketepikan.

Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. Bila sagu dah masak, tapis biji sagu. Ketepikan.

Satukan semua bahan di atas di dalam satu mangkuk besar. Masukkan dulu separuh daripada potongan mangga. Kacau sebati. Kalau nak rasa lebih manis, boleh lebihkan susu pekat. Terpulang pada selera masing-masing.

Akhir sekali, masukkan air batu dan bubuh separuh lagi hirisan mangga di bahagian atasnya untuk lebih cantik dan nampak lebih menyelerakan. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa