
Isi Kandungan
ToggleAir nenas soda boleh jadi hidangan penghilang dahaga untuk berbuka nanti. Lepas minum memang terus segar sampai ke otak dibuatnya dek rasa masam-masam manis bersama air soda.
Cara membuatnya juga mudah, sediakan 15 minit sebelum berbuka puasa pun sempat lagi.
Cara buat air nenas soda
Bahan-bahan
1 tin nenas jenama Hosen
1 1/2 cawan air soda
5 potong nenas
Air secukupnya
Cara membuat
1. Kisar nenas bersama air soda kemudian tapis.Tujuannya untuk hidangkan buih nenas. Sambil tapis, kacau dengan sudu.
2. Masukkan ke dalam jug kemudian masukkan isi buah nenas dalam tin bersama airnya sekali.
3. Tuang air secukupnya kemudian masukkan ketulan ais. Sedia dihidangkan.
- Air nenas soda ini tak perlu dimasukkan gula kerana air soda dan air dari buah dalam tin sudah sedia manis.
- Jangan masukkan ais terlalu awal, supaya tak cair hingga mengurangkan keeenakannya.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Baca Lagi: Jeruk Nenas, Sekali Makan Mesti Ketagih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Turunkan Kolesterol Hanya Guna 5 Bahan Semulajadi Ni.

Kesihatan yang baik memang amat diinginkan oleh semua. Di pasaran terdapat lambakan produk-produk kesihatan namun kandungannya kita tak tahu. Bagi anda yang mengalami masalah kolesterol tinggi, jus ni boleh diamalkan. Ia menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tanpa pengawet. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurhafizah Mohmadzaini.
Jus lega yang saya selalu buat. 100% natural, tanpa bahan pengawet. Nak beli mahal kan. Sebotol dah RM80. Baik buat sendiri, jimat & bersih. Ni saya share cara saya proses jus lega ni. Guna sukatan cawan je.
JUS TURUNKAN KOLESTEROL
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan halia
- 1 cawan bawang putih
- 1 cawan lemon
- 1 cawan cuka epal
- 3 cawan air
- Madu
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit halia, bawang putih dan Kisar halia, bawang putih dan lemon dengan 1 cawan air.
2. Dah siap kisar,satukan semua bahan dalam periuk dan masukkan cuka epal serta 2 cawan air. Masak hingga tinggal separuh dari cecair. Anggaran waktu masak selama 40 minit.
3. Padamkan api dan sejukkan selama satu jam. Kemudian masukkan madu.
4. Jumlah madu bergantung pada citarasa masing-masing. ( empunya resipi guna 1/2 cawan lebih ).
5. Bila dah betul-betul sejuk, tapis dan ambil jusnya sahaja. Isi dalam botol.
6. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Jika nak simpan diluar pun boleh. ( empunya resipi sudah cuba. Setahun masih lagi dalam keadaan elok, rasa tak berubah dan tak basi.)
7. Resipi diatas boleh tahan selama 3-4 bulan. Jika nak banyak, boleh gandakan sukatan.
8. Cara minuma adalah: 1 sudu pagi & 1 sudu malam. ( goncang sebelum minum).
KHASIAT JUS TURUNKAN KOLESTEROL
Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Menyingkirkan toksin dalam badan.
Menurunkan darah tinggi.
Menyembuhkan gout.
Membuang angin dalam badan.
Melawaskan
Melancarkan perjalanan darah.
Mampu menurunkan berat badan.
Kaya dengan vitamin c.
Kredit resipi & foto: Nurhafizah Mohmadzaini
Resipi Nescafe Santan, Cara Minum Kopi Gaya Pengamal Intermittent Fasting

Isi Kandungan
ToggleKopi adalah minuman kegemaran ramai orang. Mereka yang mengamalkan diet juga sudah semestinya tidak boleh meninggalkan kegemaran untuk minum kopi. Senang cakap, ngopi sudah jadi gaya hidup masyarakat kita sejak dulu lagi. Mana boleh tinggal!
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi membancuh kopi bagi individu yang mengamalkan intermittent fasting (IF). Maksud IF adalah berpuasa bagi tempoh tertentu. Tempoh biasa bagi IF adalah 16 jam waktu puasa dan lapan jam tempoh untuk makan.
Resipi ini, RASA dapatkan daripada seorang pengamal IF yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaila. Individu ini memulakan IF selama tempoh 12 jam terlebih dahulu bagi membiasakan diri.
“Selepas buat IF selama 12 jam, kemudian bolehlah tingkatkan kepada 14 jam dan seterusnya 16 jam. IF bantu perut berehat daripada sebarang aktiviti cerna makanan. Badan belajar untuk terima makanan pada waktu tertentu saja. Lagi satu, IF juga bantu kita kurang ambil gula,” kata Suhaila.
FASTING WINDOW & EATING WINDOW
Bagi pengamal IF, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu waktu puasa (fasting window) dan waktu makan (eating window). Ketika fasting window, pengamal IF tidak boleh ambil sebarang makanan namun masih boleh minum. Pun begitu, minuman yang dibenarkan hanyalah minuman kosong tanpa gula.
“Pengamal IF masih boleh minum sewaktu fasting window tetapi terhad kepada minuman tanpa sebarang campuran gula yang akan menggagalkan misi. Pengamal boleh makan pada eating window dan perlu berhenti sebelum masuk fasting window berikutnya. Jadi, badan masih punya tenaga. Yang menariknya sewaktu IF, kita masih boleh minum sebarang air tanpa gula seperti kopi o kosong, teh hijau dan teh o kosong. Makanan sahaja yang akan membatalkan IF,” tambah Suhaila.
MANFAAT SANTAN DALAM KOPI
Lazimnya, kita membancuh kopi menggunakan susu pekat manis. Namun, bagi pengamal IF, susu digantikan dengan santan. Menurut Suhaila, susu segar atau susu pekat manis ada kandungan gula yang tinggi. Dalam diet IF, pengamal memang cuba elakkan gula kerana tanpa pengambilan gula sekalipun, tenaga dijana menggunakan lemak dalam badan.
Santan mengandungi vitamin C, B dan E. Gabungan kopi dan santan juga merupakan antioksidan yang baik selain kaya dengan zat besi dan magnesium. Sesuai sebagai booster harian dan meningkatkan metabolisme tubuh.
“Saya menggunakan Nescafe Gold dalam rutin pengambilan kopi. Sekiranya ingin menggunakan kopi lain, kena lihat kepada kandungannya juga sama ada mengandungi gula atau marjerin. Sekiranya ada kandungan dua bahan tersebut, ia kurang sesuai. Bagi pengamal IF dan Lazy Keto, kebanyakannya akan memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah lulus Keto,” ujarnya.
TURUN 12 KG AMALKAN IF
Sekadar berkongsi pengalaman, Suhaila pernah turun sebagai 12 kilogram iaitu dari 84 kilogram kepada 72 kilogram selepas mengamalkan IF. Mula amalkan IF pada Disember 2019. Namun Suhaila akui dia sendiri agak sukar untuk berpantang makan ikut saranan IF seperti menjauhi gula, makanan manis dan minuman manis. Alasannya, suka makan sedap. Pun begitu, ketika betul-betul patuh pada peraturan IF, Suhaila dapat merasai manfaatnya.
“Perubahan ketara adalah seperti pergerakan solat lebih mudah dan tak cepat penat. Saya dah mula boleh beraktiviti seperti hiking yang menjadi aktiviti kegemaran. Saya mula join group IF apabila susah nak duduk antara dua sujud. Kaki tak boleh nak lipat sebab berat badan berlebihan. Kemudian, nak kurangkan pengambilan ubat sebab tekanan darah tinggi. Doktor sarankan untuk turunkan berat badan atas faktor kesihatan. Sihat itu target pertama. Kurus dan cantik itu bonus. Sebab lain adalah berjaga-jaga dengan kadar gula dalam darah sebab ada keturunan yang mempunyai penyakit kencing manis,” ujar Suhaila lagi menutup bicara.
NESCAFE SANTAN GAYA IF
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil Nescafe Gold
4 sudu besar santan (santan kotak)
250 ml air panas
Secubit garam
CARA MEMBUAT
1. Dalam cawan, masukkan Nescafe Gold
2. Masukkan santan. Kacau seketika.
3. Tuangkan air panas. Kacau lagi.
4. Masukkan garam. Kacau.
5. Sedia dinikmati.
Tip: Jika mahu lebih lemak, tambah 1 sudu besar santan lagi. Kalau suka manis, tambah stevia.
Selamat mencuba!
Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur. Mudah, Cepat & Mengenyangkan.

Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadiah Latfi