Makan

Air Nenas Soda Terus Minum Waktu Berbuka Terus Segar

Share

Air nenas soda boleh jadi hidangan penghilang dahaga untuk berbuka nanti. Lepas minum memang terus segar sampai ke otak dibuatnya dek rasa masam-masam manis bersama air soda.

Cara membuatnya juga mudah, sediakan 15 minit sebelum berbuka puasa pun sempat lagi.

Cara buat air nenas soda

Bahan-bahan

1 tin nenas jenama Hosen
1 1/2 cawan air soda
5 potong nenas
Air secukupnya

Cara membuat

1. Kisar nenas bersama air soda kemudian tapis.Tujuannya untuk hidangkan buih nenas. Sambil tapis, kacau dengan sudu.

2. Masukkan ke dalam jug kemudian masukkan isi buah nenas dalam tin bersama airnya sekali.

3. Tuang air secukupnya kemudian masukkan ketulan ais. Sedia dihidangkan.

  • Air nenas soda ini tak perlu dimasukkan gula kerana air soda dan air dari buah dalam tin sudah sedia manis.
  • Jangan masukkan ais terlalu awal, supaya tak cair hingga mengurangkan keeenakannya.

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

Baca Lagi: Jeruk Nenas, Sekali Makan Mesti Ketagih

NAK BUBUR LAMBUK PERCUMA?

Tak sah berbuka puasa di bulan Ramadan tanpa BUBUR LAMBUK! Sekurang-kurangnya sekali mesti dinikmati.

Dapatkan 8000 bubur lambuk PERCUMA disediakan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia dan selebriti popular serta lebih 1000 pek juadah berbuka turut disediakan.

Nikmati bubur lambuk legenda; penuh rasa, penuh berkat! Jom datang untuk menikmati bubur lambuk dan berbuka puasa beramai-ramai sambil menyaksikan keindahan pelita-pelita hiasan gergasi.

Tarikh : 22 Mac 2025 (Sabtu)
Masa : 12 tengahari (aktiviti)
Edaran bubur : 5 petang sehingga habis
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Jumpa anda disana!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Rose