Air Rebusan Halba & Halia: Petua Buang Angin dan Kurangkan Perut Buncit

Share

Silap makan satu badan berangin, tak lalu makan dibuatnya. Untuk anda yang sensitif dengan makanan sejuk, ingin turunkan berat badan dan kurangkan perut buncit, boleh cuba air rebusan halba dan halia perkongsian saudari Jehan Noor ini. Petua ini mudah, murah dan berkesan diamalkan setiap hari.

Air Rebusan Halba & Halia

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan air
  • Seinci halia diketuk
  • Sesudu halba
  • Madu sebagai penambah rasa

Cara Memasak:

  1. Rebus halia dan halba sehingga air mendidih.
  2. Apabila sudah suam, masukkan madu dan kacau rata.
  3. Sedia untuk diminum sebagai minuman herba sihat setiap hari.

Hasilnya Selepas Minum Air Rebusan Halba & Halia

Sebaik sahaja diminum, anda akan rasa lega — terus sendawa dan perut terasa ringan. Selain membantu buang angin dalam badan

, air rebusan ini juga dipercayai boleh membantu turunkan berat badan dan kurangkan perut buncit. Jika ingin tingkatkan metabolisme, boleh tambahkan sedikit teh hijau semasa penyediaan.

Khasiat Halia

  • Membuang angin dalam badan
  • Meredakan tekanan dan menaikkan seri wajah
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Mengatasi masalah pencernaan
  • Menghilangkan bau badan
  • Meningkatkan sistem imunisasi

Khasiat Halba

  • Menghilangkan kembung dan sebu
  • Membuang angin serta mencuci perut
  • Membantu menurunkan berat badan secara semula jadi
  • Bertindak sebagai milk booster bagi ibu menyusu
  • Mencuci darah kotor dan mencantikkan struktur kulit dari dalam
  • Merembes insulin dan mengurangkan kadar glukosa darah (baik untuk pesakit diabetes)
  • Mengurangkan pengumpulan lemak baru dalam badan
  • Meningkatkan tenaga dan penggunaan kalori secara semula jadi

Kesimpulan

Amalan air rebusan halba dan halia bukan sahaja membantu membuang angin dan mengempiskan perut, tetapi juga menyokong gaya hidup sihat. Dengan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur, anda boleh kekal bertenaga dan sihat tanpa perlu berbelanja besar. 🌿

Kredit resipi & foto: Jehan Noor 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur