Air soda herba sedap ini sangat menyegarkan bila meminumnya. Lebih-lebih lagi bila seharian berpuasa. Tinggal beberapa hari saja lagi dah nak puasa kan? Simpan resipi ini siap-siap ye.
Nak buatnya tak susah. Bahan pun taklah banyak sangat. Bila buat sendiri, rasa lebih puas kerana kita boleh masukkan bahan-bahan yang kita suka ikut selera sendiri. Betul tak?
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Adila Azzahra ini ye.
Aiskrim soda
1 tin laici – boleh beli online di sini
Asam boi – boleh beli online di sini
Daun pudina
Lemon- hiris
Serai – ketuk/hiris
Air batu
Dalam satu mangkuk besar, masukkan serai, lemon, daun pudina, laici dan asam boi. Kemudian tuang aiskrim soda ke dalamnya. Gaul sekata.
Tambah air batu untuk sejukkan ia. Siap. Mudah sangat kan? Selamat Mencuba!
Salah satu ramuan utama air ini adalah lemon yang kita ketahui memang kaya khasiat.
Selain digunakan dalam masakan, dari sudut kesihatan, buah lemon turut mengandungi khasiat yang tersendiri. Lemon boleh membantu melegakan masalah pencernaan apabila diminum bersama dengan air panas.
Ini termasuklah melegakan rasa mual dan pedih hulu hati. Disebabkan oleh kualiti pencernaan jus lemon, gejala ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, kembung dan sendawa boleh diatasi.
Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan.
Meminum jus lemon dengan kerap, boleh membantu usus dalam menghapuskan sisa dengan lebih cekap. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan juga sebagai bahan pencuci. Pengambilan jus lemon boleh menyembuhkan sembelit. Ia juga dikatakan boleh melarutkan batu karang.
Selain itu, lemon adalah buah yang baik untuk melawan penyakit yang berkaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsil. Ini kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibakteria.
Untuk melegakan sakit tekak, cairkan satu setengah jus lemon dalam setengah gelas air, kemudian berkumur dengan kerap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official