Bila cuaca panas terik, pasti mencari air sejuk untuk diteguk. Dapat pula air penghilang dahaga penghilang dahaga seperti air soda herbs ni. Semangkuk buat, puas menikmatinya. Yang penting mudah dan sedap. Terus rasa segar.
AIR SODA HERBS
Bahan-bahan:
Ais cream soda F&N
2 batang serai diketuk
Lemon
Daun pudina@apple mint
Asam boi ( suka masak letak lebih sikit)
Buah Laici / yang dalam tin pun boleh.
Ais
Cara membuat:
1.Sediakan satu mangkuk yang agak besar dan masukkan ais.
2.Kemudian masukkan ais cream soda separuh mangkuk. Selebihnya campur dan gaul semua sekali.
3.Siap untuk diminum.
Kredit: Syikin Gillis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official