Kalau pergi bazar Ramadan antara minuman yang sering dicari tentulah Air Soda Laici. Minuman penghilang dahaga ini mempunyai ramai pengikutnya. Maka tak hairanlah ramai yang menjualnya. Bagi mereka yang malas hendak bersesak-sesak di bazar Ramadan, boleh buat sendiri Air Soda Laici di rumah. Ikut resipi yang dikongsikan Liza Idris .
RESIPI AIR SODA LAICI
BAHAN-BAHAN:
1 botol air aiskrim soda
1 tin laici –BELI ONLINE
2 batang serai diketuk
1/2 biji lemon hiris bulat
Asam boi –BELI ONLINE
Daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Satukan asam boi, serai, lemon dan daun pudina dalam mangkuk.
2.Masuk air soda. Nak letak separuh dulu pun boleh.
3.Campur dengan 1 tin laici.
4.Letak ketul ais. Kacau dan siap!
Sumber kredit: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official