Minat yang mendalam dalam bidang masakan sejak dari kecil lagi membuatkan Mohd Sharifudin bin Saleh bertekad untuk menyertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S. Selain minat, dia sebenarnya mahu mencabar dirinya untuk menghasilkan satu hidangan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Orangnya nampak tenang dan bersahaja. Tentu anda sendiri tidak menyangka bahawa dia adalah seorang bekas askar. Ternyata dia sungguh gembira dan meluahkan rasa syukur pabila namanya diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Apatah lagi team Selatan memperoleh markah tertinggi pada ketika itu.
“Apabila diumumkan berjaya ke peringkat separuh akhir, memang saya sangat teruja. Rasa nak pusing satu mall tapi kenalah control macho,” ujarnya sambil tertawa.
Memilih menu Lamb Chop Hitam Manis Masa’la BABA’S, Sharifudin Saleh cuba mengolah menu dari Barat ini kepada cita rasa timur tengah dan tempatan. Gabungan pelbagai rempah dari BABA’S serta campuran herba dari Timur Tengah mencipta satu rasa yang berbeza dan sempurna dalam hidangan ini.
Rasa seronok dan gembira apabila menerima komen yang positif daripada pihak juri. Maknanya mereka boleh menerima olahan resipi saya. Bila mereka beri pujian, hati saya dah terdetik yang saya ada peluang untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Tak sangka. Ibarat mimpi menjadi kenyataan
Disoal tentang harapan jika menjadi Top 4, tentulah dia mahu menjadi JAGOH RASA BABA’S 2022. Tiada lain yang diharapkan selain menjadi juara dan tentunya dia akan melakukan sehabis baik demi menaikkan nama Team Selatan. Gegau jangan tak gegau, sehingga peluh yang terakhir!
LAMB CHOP HITAM MANIS MASA’LA BABA’S
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta