Air Vanilla Blue with Ice Cream, Resipi Mudah Tapi Nikmat Tak Terperi

Share

Menggoda betul air warna biru laut ini. Air Vanilla Bue with Ice Cream ini tambah menarik disebabkan ada tambahan aiskrim. Dah boleh bayangkan tak rasanya?

Sedap dinikmati lagi-lagi ketika cuaca panas. Ketika berbuka puasa pun lagi menarik. Memang jadi tumpuan sahaja, disebabkan warnanya tu.

Jom ikuti perkongsian resipi air Vanilla Blue with Ice Cream yang sangat menarik ini daripada Nordiana Ab Kadil

. Tak sabar nak buat.

BAHAN-BAHAN:

3 cawan air masak

5 sudu teh esen vanila (sukat guna penutup botol esen vanila) – Boleh beli online di sini

½ tin susu pekat – Boleh beli online di sini

1 tin susu sejat cair – Boleh beli online di sini

1 sudu teh pewarna biru (sukat guna penutup botol pewarna)

Ais secukupnya

Aiskrim perisa vanila

CARA MEMBUAT:

Campurkan air masak bersama dengan esen vanila, susu pekat, susu cair dan pewarna biru. Kacau rata sehingga semuanya sebati.

Kemudian, masukkan ke dalam jag.

Masukkan ais secukupnya. Kacau lagi.

Letakkan aiskrim perisa vanila menggunakan scoop

di atasnya.

Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Nordiana Ab Kadil

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida