Kaedah baharu untuk membeli barangan runcit dalam talian kini lebih mudah dengan pelancaran Fresh Pack oleh airasia fresh hari ini, yang menawarkan pek barangan runcit dengan harga berpatutan dan penghantaran percuma mengikut pilihan masa mereka, dikuasakan oleh Teleport.
Fresh Pack ini tersedia mengikut saiz kecil atau besar dalam empat kategori: sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan laut.Untuk meraikan pelancaran Fresh Pack dan sempena Tahun Baharu Cina, airasia fresh menawarkan diskaun 50% untuk setiap pembelian Fresh Pack kedua mereka dari 2 Februari hingga 28 Februari 2021. Setiap pesanan Fresh Pack didatangkan dengan beg runcit edisi terhad dalam empat reka bentuk berbeza, yang akan dikeluarkan pada setiap minggu sepanjang bulan Februari. Beg runcit edisi terhad ini direka dengan kerjasama ilustrator dan pereka grafik yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ong Lyn-Hui.
FreshPacks.
Semua Fresh Pack dan produk lain tersedia di airasia Asean super app menerusi pautan ikon ‘Fresh’ atau di airasia.com/fresh.
Maybel Chan, Ketua airasia Fresh berkata, “Di airasia fresh, kami berhasrat untuk menawarkan kemudahan dan harga berpatutan untuk pembelian barangan runcit dalam talian, terutama produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan laut.
Seafood Pack (Large).
Vegetable Pack (Large).
Fruit Pack (Small).
Meat Pack (Small).
Walaupun terdapat pelbagai tawaran barangan runcit di luar sana, Fresh Pack kami berbeza dari segi pilihan, harga rata berpatutan, dan penghantaran secara percuma! Jadi, kekal selamat di rumah dan kami akan menghantar barangan runcit segar kepada anda.
“Kami juga menawarkan nilai hebat dan pelbagai pilihan bermula daripada serendah RM30 untuk pek sayur-sayuran hingga pek makanan laut bersaiz besar berharga RM95 dengan pilihan sehingga tujuh kilogram untuk makanan laut daripada 40 jenis! Kami turut mempunyai sehingga 17 jenis buah-buahan seperti betik, kiwi dan lain-lain.
“Kami berbesar hati kerana pengembangan tawaran airasia fresh dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan dan membantu pembekal tempatan untuk menjangkau lebih ramai pelanggan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, terutamanya sebagai rakan penghantaran kami yang dikenali sebagai Teleporters. Selain itu, kami masih menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had sepanjang tempoh PKP dengan kod promo STAYHOME untuk perbelanjaan minimum RM30.”
Delivery Squad
Nikmati lebih penjimatan dan nilai untuk pembelian produk airasia fresh dengan membuat pembayaran menggunakan BIG Poin.
Untuk perkembangan terkini airasia fresh,ikuti airasia fresh di Instagram (instagram.com/airasiafresh) dan Facebook (facebook.com/airasiafresh).
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.