Bila dah suka makan ais krim, bolehlah cuba membuatnya. Tak susah mana pun, ikut resipi ini. Hasilnya memang sedap,gebu dan halus saja teksturnya. Perisa dan pewarna ikut selera masing-masing. Satu adunan ni bolehlah dapat lima hingga enam mangkuk ikut saiz mangkuk kecil.
AISKRIM 3 IN 1
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 sudu besar ovalette
perisa
Emelco durian
Emelco strawbery
Emelco coklat
Cara membuat:
1.Satukan dalam mangkuk. Mix sampai kembang,gebu.Agak-agak penuh mangkuk.
2.Bahagikan 3 bahagian, letak perisa.
3.Masukkan dalam mangkuk kecil dan simpan dalam peti sejuk beku 1 atau 2 malam. Dan bolehlah dimakan.
Kredit: Shabudin Ismail