
Carde d’Or merupakan jenama ais krim premium dari Paris dengan tekstur halus dan berkrim.Wall’s Malaysia membawakan citarasa sebenar kafe Perancis ke Malaysia memperkenalkan dua lagi perisa baharu.

Hadir dengan nama Cafe Latte Brownie yang diolah daripada kepingan coklat dan brownie Itali manakala Butter Almond Fudge daripada badam yang dituai di Australia di samping brownie san juga sos fudge coklat.
Dengan sentuhan istimewa yang diberikan kepada kedua-dua aiskrim baharu ini, detik yang anda nikmati bersamanya pasti tidak dapat dilupakan, membangkitkan keseronokan dan juga kepuasan. Ais krim ini membawakan citarasa Paris yang sebenar ke tangan anda.


Boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka dengan harga RM20 bagi setiap bekas.
Dan memandangkan kini aiskrim ini boleh didapati dengan mudah, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Paris(#FromCartedOrToParis), selain kredit e-dompet bernilai RM7,000 dengan menyertai peraduan nasional Carte d’Or.
Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya dua bekas (pint) aiskrim Carte d’Or yang baharu ini (Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge) di kedai runcit berhampiran anda* Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Disember hingga 31 Disember 2022.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Usaha Murni Datuk Chef Mohd Farid Alwi… Buka Kolej MFA Untuk Anak Asnaf.

Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.

Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.

Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.

“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.

Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.

Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “ cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.

Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .

“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.

Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH

BAHAN -BAHAN :
- 1 keping ikan salmon
- 1/2 sudu makan minyak zaitun
- 1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
- 1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
- Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
- Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
- Letakkan avocado smash di atas ikan.
- Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Anggaran kos : RM 30.90
MAGGI Lancar Kempen Sah Malaysia, Menghargai ‘Air Tangan’ Rakyat Malaysia

Selama lebih lima dekad, MAGGI telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia. Antara produk yang menjadi kegemaran ramai adalah Sos Cili dan Mi 2 Minit MAGGI yang menyatu rakyat Malaysia di rumah untuk menyediakan hidangan yang lazat.
Keadaan ini sekali gus membuktikan MAGGI sebagai jenama kegemaran untuk menunjukkan kasih sayang menerusi ‘air tangan’ yang disediakan dengan sentuhan peribadi dalam setiap hidangan. MAGGI menzahirkan ‘cita rasa’ Malaysia sebenar menerusi ‘air tangan’ rakyat Malaysia.





Sepanjang tempoh sambutan ini, MAGGI menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘Air Tangan’ mereka sendiri dengan hashtag #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia. Hantaran boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk MAGGI.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/.
Jom Masak, Cerita & Menang Bersama BABA’S, Menangi Hadiah Keseluruhan Berupa Wang Tunai Sehingga RM15,000!

Kari dan masyarakat Malaysia memang cukup sinonim. Hidangan yang pastinya menjadi pilihan ramai ini sememangnya mampu menyatukan semua. Lihat sajalah kalau di kedai mamak. Pelbagai kaum boleh duduk semeja sambil menikmati hidangan kari yang enak. Cukup harmoni!
Sempena Hari Kari Malaysia BABA’S, BABA’S ingin menambahkan keceriaan anda dengan berkongsi rezeki serta mengangkat masakan dan hidangan Kari Malaysia sebagai makanan ikonik bagi seluruh rakyat Malaysia. Makanan menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang masih membara, majalah RASA bersama BABA’S mengambil peluang ini untuk menganjurkan peraduan Masak, Cerita & Menang dalam Video Pendek #kisahkariku.
Menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000, inilah masanya untuk anda menonjolkan bakat memasak dan berkongsi kisah istimewa di sebalik hidangan kari kegemaran anda.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
- RAKAM video memasak menggunakan Serbuk Kari BABA’S berdurasi minimum 1 minit atau GAMBAR MASAKAN bersama dengan paket Serbuk Kari BABA’S
- Pilih mana-mana Serbuk Kari BABA’S kegemaran anda dan memasak hidangan kari yang paling anda sukai. Anda boleh menggunakan salah satu dari Serbuk Kari BABA’S seperti di bawah:
i. Serbuk Kari Daging BABA’S
ii. Serbuk Kari Daging Pedas BABA’S
iii. Serbuk Kari Ikan BABA’S
iv. Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S
v. Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S
- Pastikan video atau gambar anda mempunyai pencahayaan yang baik serta mempunyai kualiti video yang jelas untuk pengalaman menonton yang lebih baik.
Kongsikan Video atau Gambar Anda Di Media Sosial
- Setelah video atau gambar siap diedit, muat naik ke akaun Instagram atau TikTok anda. Pastikan akaun anda disetkan kepada ‘public’ agar penyertaan anda boleh dilihat dan diniai.
- Inilah peluang untuk anda menunjukkan bakat memasak dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan kari yang lazat dan cukup menyelerakan.

3. Cerita Di Sebalik Kari Anda
- Setiap hidangan kari pasti mempunyai cerita tersendiri. Kongsikan kisah unik di sebalik hidangan anda menerusi penceritaan di dalam video atau kapsyen pendek yang menarik dan cerita yang menyentuh hati.
- Gunakan hashtag #KisahKariKu dan pastikan anda tag akaun rasmi RASA dan BABA’S di Instagram (@majalahrasa @babasandu) atau TikTok (@rasa.my @babasofficial_)
- Kisah yang menyentuh hati atau unik mungkin memberikan anda kelebihan di dalam peraduan ini.

Hadiah Wang Tunai Keseluruhan: RM15,000!
Ya, anda tidak salah baca! Majalah RASA dan BABA’S menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 untuk pemenang-pemenang bertuah. Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi bakat memasak anda dan menang besar. Mana tahu ada rezeki anda!
Apa Yang Bakal Anda Menangi?
Hadiah Utama x 1: RM5,000
Hadiah Kedua: x 1 RM3,000
Hadiah Ketiga x 1: RM1,500
Hadiah Keempat – Keenam: RM500
Hadiah Saguhati: 20 x RM200
Enam finalis bertuah akan terpilih ke peringkat akhir untuk bertanding memasak secara bersemuka pada 16 November 2024.

Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Oktober 2024
Pastikan anda menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup ini. Inilah peluang untuk anda memenangi hadiah wang tunai disamping berkongsi kecintaan anda terhadap masakan kari kepada seluruh rakyat Malaysia.
Jadi, apa tunggu lagi? Beli Serbuk Kari BABA’S pilihan anda, mula merakam dan kongsikan kisah kari anda kepada dunia. Siapa tahu, mungkin kisah dan hidangan kari anda akan membawa pulang hadiah utama. Jangan lepaskan peluang ini!

