Anak-anak bila dapat ais krim memang suka. Kalau begitu jom buat ais krim homemade. Buat banyak banyak boleh makan bila bila masa pun. Boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resepi ini.
Aiskrim Cawan
Bahan-bahan:
1 tin susu pekat-beli online di sini
1 tin susu cair-beli online di sini
3 tin air
2 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)-beli online di sini
2 sudu makan ovalatte-beli online di sini
1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla-beli online di sini
2 cawan fresh cream/whipping cream ND(saya guna brand vivo)
Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Masak base susu hingga mendidih,setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
2.Sejukkan.(lebih elok kalau bekukan semalaman)
*Fungsi-untuk aiskrim lebih gebu.
3.Campurkan base susu tadi(kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream+ovalatte+vanilla esen.Mix guna kelajuan perlahan.Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan no 4/5..(mix dalam 15/20 minit).
4.Akhir sekali isi filing dalam cup/masukkan aiskrim tadi.Boleh lorekkan filing di atas aiskrim guna lidi.
Kredit: Nurul Ashikin
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
https://www.rasa.my/mudah-cepat-masak-20-resipi-kukus-rebus-untuk-sajian-keluarga/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official