
Bila dah lepas makan malam, dapat pula ais krim perisa yang disukai pasti nikmat. Nak puas makan, kalau buat ais krim homemade ikut perisa yang anda suka. Sekarang musim panas. Siang malam panas.Jom kita buat ais krim Malaysia perisa jagung yang sedap gebu mantop.
Bahan-bahan:
Plastik ais krim
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 liter air masak
1 tin jagung krim
Perisa jagung Al-ameen (perisa ini sedap)
4 sudu makan tepung jagung
Secubit garam
Cara membuat:
1.Campur bahan di atas. Masak sampai panas, tak perlu mendidih.
2.Apabila sejuk, boleh bungkus elok-elok.
3.Bekukan 24jam.
*1 adunan ini boleh dapat 20 batang. Kalau buat pendek-pendek, boleh dapat lebih.
Kredit: cikmar jhd
Boleh beli peralatan memasak yang baru. Mudah saja , Klik sini
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Buat Daging Burger Homemade Yang Sedap

Jom buat sendiri daging burger homemade! Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burger, sosej dan sebagainya mengandungi lemak dan garam yang tinggi. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah ia juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Sekurangnya anda boleh kawal kandungan lemak serta garamnya. Salah satunya yang anda boleh buat ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa bahan pengawet yang berbahaya. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongssian saudari Sue Faizah ni.
RESIPI DAGING BURGER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
- 1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
- 1 sudu teh serbuk blada hitam
- 1 sudu teh mixed herbs
- 500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.

4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)

5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.

NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Kredit resipi & foto: Sue Faizah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Apam Pisang Terlajak Gebu. Hanya Perlu Kukus 5 Minit Je
Tanam Sendiri Kacang Tanah Dalam Pasu. 3 Bulan Boleh Tuai Hasil
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ikan Percik Padu Rasa Makan Dengan Nasi Panas

Sedapnya dapat menikmati ikan percik. Lain orang lain cara membuat resipi yang satu ini. Hari ini min kongsikan resipi oleh Cikgu Afy. Menurut Cikgu Afy, dia menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli.
Jadi kat bawah ni dikongsi resipi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi!
IKAN PERCIK
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan dihiris nipis)
Cara membuat:
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
Kisar hingga lumat.


Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.


Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera.
( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.

Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.

Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.

Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal.* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.

Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.

Angkat seketika pemanggang ikan. Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.

Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.
*kuah percik yang disalut tadi akan menjadi lebih sedap setelah dibakar dengan bara api..
Semoga bermanfaat.
Kredit resipi & foto:Afy AL HabibiMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Resipi Air Sirap Bandung Soda Cincau Padu, Begini Cara Buatnya

Tatkala badan letih dek kerana cuaca panas, memang sedap dan sesuai sangat jika dapat minum Air Sirap Bandung Soda Cincau yang padu ni. Terlalu mudah cara pembuatannya. Malah anak-anak pun boleh buat sendiri dengan senang. Bila diminum, gigit sekali dengan cincau tu, terasa kenikmatannya. Lebih enak lagi bila dihidang sejuk-sejuk. Jom cuba resipi perkongsian saudari Dani J Thang ni. Buat untuk keluarga. Pasti ramai yang suka.
CARA BUAT AIR SIRAP BANDUNG SODA CINCAU PADU

BAHAN-BAHAN:
- Cincau
- Ice Cream soda (air gas) – beli online disini
- Susu cair – beli online disini
- Sirap ros – beli online disini
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan Air Sirap Bandung Soda Cincau, ambil cincau dan potong mengikut saiz yang disukai.

2. Masukkan cincau yang telah dipotong tadi ke dalam jug atau bekas yang bersesuaian.
3. Masukkan ice cream soda. Sukatan ini ikut selera, jika mahu buat banyak, lebihkan bahan-bahan mengikut selera masing-masing.
4. Kemudian masukkan susu cair sambil dikacau. Ia bertujuan untuk elak air dari berketul dan berbintil. Jika air bertintil, nampak tak cantik dan kurang menyelerakan.

5. Seterusnya masukkan ais dan juga sirap dengan secukupnya. Jumlahnya agak-agak sahaja. Kacau hingga sebati.

6. Itu dia… Air Sirap Bandung Soda Cincau paling padu sedia untuk dihidang dan dinikmati. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

Kredit resipi & foto: Dani J Thang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

