
Aiskrim asam boi memang kegemaran ramai, lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik. Ais yang halus, rasa masam-manis dan aroma limau kasturi buatkan sesiapa saja tak cukup sebatang.
Kalau nak lebih puas hati dan jimat, jom buat sendiri di rumah. Resipi ini bukan sahaja sedap, tapi sangat sesuai untuk dijadikan jualan juga.
Resipi ini dikongsi oleh Ummu Asyraf, siap dengan tip untuk hasilkan tekstur ais yang halus dan seimbang rasa. Dalam satu adunan, boleh dapat sekitar 24 batang aiskrim memang berbaloi!
Cara Buat Aiskrim Asam Boi Yang Sedap
Bahan-Bahan
2 cawan gula (boleh kurangkan ikut cita rasa)
2 liter air
3 – 4 sudu besar kordial asam masin (jenama Double Lion dicadangkan)
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air dari 2 liter tadi)
24–30 biji asam boi
4–5 biji limau kasturi

Cara Penyediaan
1. Dalam periuk, satukan air, bancuhan tepung jagung, gula dan asam boi. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
2. Tambah kordial asam masin. Rasa, dan laraskan jika perlu. Boleh tambah sedikit garam jika suka. Biarkan sejuk.
3. Perah jus dari 4–5 biji limau kasturi ke dalam campuran tadi. Kacau rata.
4.Tapis air tersebut dan ketepikan asam boi yang digunakan semasa memasak.
5. Masukkan sebiji asam boi ke dalam setiap plastik aiskrim, kemudian tuangkan air bancuhan tadi secukupnya. Ikat kemas.

6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beku semalaman. Sedia untuk dinikmati!
Tip Ekstra
- Tepung jagung membantu tekstur ais lebih halus dan tidak berketul bila dimakan.
- Limau kasturi memberi rasa segar dan seimbang pada kemanisan gula dan masam kordial.
- Untuk yang nak berniaga, boleh bungkus dengan kemas dan labelkan. Kos rendah, untung tinggi!
Kredit resipi & foto: Ummu Asyraf
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!















2. Kedondong juga perlu dibuang kulit dan rendam dengan garam kasar selama sejam dan lebih.
3. Ini adalah bahan-bahan untuk Kuah Jeruk. Cili kering perlu direbus sekejap. Kemudian kisar.
4. Rebus semua bahan. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
5. Bila dah pekat elok macam ni, maksudnya dh ok. Sejukkan terlebih dahulu.
6. Masukkan mempelam dan kedondong ke dalam bekas. Bila kuah dah sejuk, tuangkan sekali.
7. Simpan jeruk dalam peti sejuk dan birkn semalaman atau 24 jam. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
8. Kuah jeruk tu sedap dihirup sejuk-sejuk.
9. Cukup rasa pedas, masam dan manis. Selamat mencuba.

