Aiskrim Coklat Van Houten Homemade, Sedap Sungguh!

Share

 

 

Aiskrim ni bukan budak-budak je suka. Mak budak dan bapak budak pun suka. Tapi ramai yang risau nak makan banyak sebab bimbang gula tinggi, kan? Buat sendiri aiskrim homemade untuk kudapan seisi keluarga. Kita boleh pantau bahan-bahannya terutama gula. Kalau rasa nak kurangkan gula pun OK. Tidaklah manis sangat kan? RASA kongsikan resipinya untuk anda semua.

AISKRIM COKLAT VAN HOUTEN


.

BAHAN-BAHAN
• 1 tin susu cair
• 2 sudu besar susu pekat
• 1 penutup esen vanila
• 1 sudu besar ovalet
• 1 senduk serbuk koko Van Houten

CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan selama 5 minit menggunakan blender atau mixer.
2. Masukkan bahan dalam bekas plastik atau bekas aiskrim.
3. Letak dalam tempat pembeku semalaman. Kalau nak aiskrim yang tidak keras sangat, bekukan selama 5 jam.

Selamat mencuba!

Resipi oleh Azarimah Ismail dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas