Aiskrim Layer, Lembut & Manis Sesuai Cita Rasa

Share

Bukan saja kanak-kanak, orang dewasa pun suka makan aiskrim, kan? Aiskrim lazimnya jadi pemanis mulut pada waktu petang. Lagi-lagi kalau cuaca panas terik. Makan aiskrim sedap je rasa lalu di tekak. Sejuk sikit. Nak buat aiskrim sendiri, takut tak jadi. Takut tak sedap. Ini resipi yang RASA kongsikan. Aiskrimnya lembut dan sedap. Lemak manis rasanya.

AISKRIM HOMEMADE


Sedapnya nampak aiskrim ni.

BAHAN-BAHAN
• 1 tin susu pekat
• 2 tin susu cair
• Sedikit garam
• Esen vanila
• 2 sudu besar ovelet

BAHAN LAIN


Pewarna

CARA MEMBUAT
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer. Gunakan speed paling maksimum. Putar selama 20 minit.
2. Lepas 20 minit, adunan akan menjadi lebih pekat. Bahagi-bahagikan adunan dalam mangkuk.
3. Letakkan pewarna ikut suka anda.
4. Lapiskan adunan aiskrim dalam bekas.
5. Simpankan dalam freezer semalaman.

Resipi Oleh Kak Lina Kassim dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas