Pernah dengar jenama aiskrim Merry? Ada 16 perisa berbeza yang korang boleh pilih mengikut pilihan hati. Mehh sini admin nak kongsikan antara perisa yang ada antaranya Chocolate Cheese, Earl Grey Lavender, Gula Melaka, Iron Lady, Mint Choc Chip, Nutty Berries, Passion Fruit, Peppermint Mocha, Pink Guava, Rich Chocolate, Salted Egg Oreo, Soursop Sorbet, Strawberry Cheesecake, Tau Fu Fah, Tiramisu, dan Yuzu Sorbet.
Tapi, ada dua perisa yang orang kata memang laku keras iaitu Salted Egg Oreo dan Gula Melaka.
Admin dah rasa Gula Melaka memang sedap rasanya lemak berkrim macam rasa cendol premium. Bagi mereka yang memang menitikberatkan kualiti makanan yang terbaik memang wajib cuba aiskrim dari Merry ni. Bahan yang digunakan dalam pembuatan aiskrim ni import dari Italy dan New Zealand. Korang nanti nak cuba perisa yang mana? Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh ke laman web Merry Ice Cream ataupun ke Instagram dan Facebook.