Sebut pasal buah mangga ni, memang sedap dapat makan yang masak kuning tu. Fuhh, dengan rasa manisnya, makan sejuk-sejuk memang asyik.
Tapi kalau nak jadikan hidangan pencuci mulut pun sesuai juga dengan buah mangga ni. Resipi aiskrim mangga homemade daripada Nurul Jannah ni senang je nak buat.
ICE-CREAM MANGGO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 biji mangga 450g non-dairy whipping cream 150g air sejuk 50g susu tepung – beli online di sini 50g gula aising – beli online di sini 100g coffemate 1 sudu kecil vanilla powder ½ sudu kecil aiskrim stabilizer
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. 2 biji mangga dikisar halus dan jadikan sebagai puri mangga. Manakala sebiji lagi dipotong dadu untuk topping atas aiskrim. 2. Mix bahan-bahan kering dahulu seperti susu tepung, gula aising, coffeemate, vanilla powder dan aiskrim stabilizer dengan kelajuan yang perlahan saja. Pastikan bahan kering ini diayak terlebih dahulu.
Ads
3. Kemudian, masukkan whipping cream dan air sejuk. Mix lag hingga kembang 2 kali ganda. 4. Akhir sekali, masukkan puri mangga yang telah dikisar awal tadi. Biarkan sebati dengan adunan aiskrim. 5. Dah siap mix, masukkn dalam bekas dan sejukkan dalam chiller semalaman atau seeloknya 2 hari sebelum dimakan.
*untuk 1 adunan aiskrim, hanya gunakan separuh kotak whipping cream
Kuih Bakar Pandan memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nur Aisyah Nasa ni? Tak susah pun. Jom cuba!
Hari ni jom cuba menu masakan Thai yang simple tapi sedap, memang kena dengan selera orang Malaysia. Pedas cili padi memang mengujakan, ditambah pula dengan araoma daun selasih. memang sekali makan tak puas. Kena ulang masak, jadi selepas cuba simpan risipi ni ye…
AYAM CILI DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
Salah satu resipi nasi tumis yang mudah dan enak. Makan banyak kali pun tak muak. Malah nak hasilkannnya tidak terlalu rumit. Sangat sesuai dicuba di Aidilfitri nanti.
NASI BUKHARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | dipotong 6-8 ketul
750gm beras basmathi | dicuci dan tos airnya
750gm air untuk nasi
250 susu segar
250 air untuk ayam
2 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang putih | dihiris
3cm halia | dihiris halus
2 biji cili hijau
1/2 batang lobak merah | dicincang
2 sudu besar tomato puri
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1 kiub stok ayam
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN REMPAH SERBUK:
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
1/2 sudu teh serbuk serbuk buah pelaga
1/2 sudu teh perwarna kuning
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan semua rempah serbuk, hirisan lobak merah dan tomato puri.
Kacau sebentar masukkan ayam dan 250 ml air.
Kemudian masukkan daun pudina, daun ketumbar, garam dan stok ayam. Masaklah sehingga kuah agak memekat dan kering. Tutup api.
Alihkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan juga beras, cili hijau, susu segar dan air. Kacau sebati. Masaklah seperti biasa.
Apabila nasi telah masak hias dengan kacang gajus, kismis dan bawang goreng.
INFO CHEF: Periuk nasi jangan didibuka dan beras jangan dikacau sehingga nasi betul-betul masak untuk mendapat nasi yang cantik dan tidak patah. Apabila nasi telah masak dinasihatkan kacau menggunakan penyepit atau garpu dua mata.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!