Bahagia betul saat dapat menikmati aiskrim dalam cuaca panas membahang. Apatah lagi, jika aiskrim vanila coklat itu mempunyai rasa yang premium dan ‘mewah’. Nak beli selalu, rasa macam makan modal tinggi juga.
Apa kata kita buat aiskrim sendiri. Selain modal rendah, kita boleh dapat menikmatinya selalu kerana satu adunan resipi ini dapat menghasilkan kuantiti yang banyak.
Jom kita buat aiskrim vanila coklat rasa premium ini hasil perkongsian resipi daripada Rohaya Zulkarnin Aya ini. Mudah je caranya, tapi rasa aiskrimnya memang padu! Rasa aiskrim mahal.
Campurkan bahan-bahan di atas menggunakan mixer sehingga menjadi gebu dalam anggaran masa 20 minit.
Kemudian, tuangkan di dalam jag. Ini akan memudahkan kita untuk letak di dalam plastik aiskrim nanti.
TOPPING COKLAT:
200g chocolate milk (sis pakai Cadbury sebab tak sempat beli)
100g dark chocolate Beryl’s
CARA MEMASAK:
Buat teknik double boil. Jangan setitik pun air terkena coklat, nanti takut coklat mengeras).
Setelah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picitkan lalu masukkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang.
Semasa kita ratakan coklat di dalam plastik, kita boleh agak-agak ketebalan coklat tersebut.
Kemudian, tuang aiskrim vanila yang telah siap mixed tadi ke dalam plastik aiskrim. Jangan risau, coklat tadi tidak akan bercampur dengan aiskrim vanila tersebut.
Setelah masuk, hentak-hentakkan manja sikit bagi mampat. Jika tidak, nanti ada ruang kosong di dalamnya.
Ads
Setelah itu, ikat kesemua hujung aiskrim tersebut dan bolehlah dibekukan.
Dah siap dibekukan. Lihatlah, vanila di dalam bersalut coklat di luar. Nimat betul! Selamat mencuba.
Minuman yang menyegarkan boleh membantu mood pada hari tersebut jadi lebih menyeronokkan. Apa kata anda cuba buat minuman daripada lemon dan madu. Rasanya sedap dan menyegarkan.
JUS LEMON MADU
BAHAN-BAHAN
2 biji lemon
2 gelas air masak
1 sudu kecil gula
2 sudu besar madu
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Perah jus lemon. Ketepikan. Separuh biji dihiris bulat.
2. Isi air masak dalam bekas. Masukkan gula pasir. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan madu. Kacau sebati.
4. Tuangkan ais. Sedia diminum.
Kalau selalu minum hot chocolate begini di kafe, kali ini kita buat sendiri. Bukan saja lebih jimat tapi lagi nikmat menghirupnya sambil bersantai di rumah sendiri.
Lagi sedap kalau dicicah pula dengan croissant. Terasa macam minum di kafe mahal. Nak buat sendiri hot chocolate atau coklat panas yang mewah ini mudah saja, ada serbuk koko dan susu dah buat boleh. Caranya dikongsi oleh Nurhayati Maleq.
Cara buat hot chocolate ala kafe
Bahan-bahan
2 sb gula merah (boleh kurangkan ikut citarasa)
¼ esen vanilla (jika suka)
2-3 sk serbuk koko (sebarang jenama pun boleh)
1 cawan susu panas (susu segar)
Secubit garam (jika suka)
Cara membuat
1. Campurkan gula merah, esen vanilla, serbuk koko dan secubit garam dalam 1 cawan.
2. Dalam periuk kecil panaskan susu hingga mendidih.
3. Masukkan susu panas ke dalam cawan yang bercampur dengan bahan- bahan tadi. Kacau rata dan siap!
Boleh dihidang bersama whipping cream dan marshmallow atau minum begitu pun dah sedap!
Salah satu jenis kacang yang banyak khasiatnya adalah badam atau almond. Rasanya sedap. Badam mempunyai kulit yang cukup keras sehingga susah untuk dipecahkan. Harga badam juga agak mahal berbanding kacang lain. Hal ini membuatkan kita tertanya-tanya apa khasiat yang ada pada sebiji badam sehingga harganya agak tinggi?
Kacang badam mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walau mahal, ada yang gemar membelinya untuk dijadikan sebagai kudapan. Ini kerana khasiatnya yang tinggi untuk tubuh. Sama ada dijadikan kudapan begitu sahaja, mahukan dikisar untuk dijadikan sebagai minuman berbentuk susu.
Antara khasiat badam yang perlu kita tahu adalah:
1) Kacang badam dipercayai boleh membantu menguatkan jantung. Ini kerana kandungan magnesium, kalsium dan zat yang bagus-bagus ada pada sebiji badam. Paling penting cara memasak badam tersebut. Jangan digoreng kerana jika sudah bercampur dengan minyak, khasiatnya sudah tidak seperti asal.
2) Kadang badam juga membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. Kandungan vitamin E dalam kacang ini boleh menambah kolesterol baik dalam badan.
3) Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, elok makan kacang badam bagi membantu menurunkan kadar tekanan darah. Malah kacang badam juga boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.
4) Bagi anda yang sedang berdiet pula, elok jika amalkan menu yang mempunyai badam. Malah boleh turut membantu meningkatkan imunisasi badan kerana mempunya kandungan vitamin E, B1, B2 dan B3.
BISKUT BUTTERSCOTCH ALMOND
BAHAN-BAHAN
30 gram tepung jagung*
250 gram tepung naik sendiri*
250 gram mentega
140 gram gula perang
1 biji telur ayam gred B
1 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN
150 gram butterscotch
150 gram badam (cencang dan hiris disangai)
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung jagung dan tepung naik sendiri. Ayak. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati.
3. Masukkan telur ayam dan esen vanila. Pukul sebati.
4. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi. Gaul guna spatula sehingga doh jadi lembut.
5. Masukkan butterscotch dan badam cencang. Gaul sebati.
6. Kemudian sudukan dalam cawan kertas.
6. Bakar pada suhu 170°c api atas dan bawah selama 20 minit. Hiaskan dengan badam hiris di bahagian atas.
SUSU BADAM
BAHAN-BAHAN
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Badam dibasuh bersih dan kemudian direndam semalaman.
2. Bilas badam dan kisar halus bersama air.
3. Tapis bahan kisaran tadi dalam periuk. Kemudian masak atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan esen vanila dan garam.
4. Selepas mendidih, sejukkan dahulu. Boleh minum ketika suam.
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder. Kacau secara kaup balik. Masukkan susu cair dan esen vanila. Kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam dulang pembakar. Tabur badam ke atasnya. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
BADAM SALUT MADU
BAHAN-BAHAN
2 cawan badam (jangan buang kulit)
1/4 cawan gula halus
1 sudu besar garam
2 sudu besar madu
2 sudu besar air
2 sudu besar minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Bakarkan badam dalam oven pada suhu 180’C selama 15 minit atau sampai badam masak. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2. Gaulkan gula halus dan garam dalam mangkuk.
3. Dalam kuali, panaskan madu, air dan minyak masak. Didihkan dengan api yang kecik.
4. Masukkan badam bakar tadi dan terus kacau sampai kering lebih kurang 5 minit. Terus masuk dalam campuran gula dan garam tadi. Gaul dan salut rata. Sedia dihidang.