AJI-SHIO® Edar 8000 Pek Bubur Lambuk Istimewa Buat Warga Kota

Share

Selesai sudah Program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Fuh… Masih terasa kemeriahan serta kehangatannya.

Seawal jam 8.00 pagi, sebanyak 15 periuk Bubur Lambuk dimasak dengan penuh teliti dengan menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Panas dan bahang memang terasa namun rewang memasak ini dilakukan bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menjadikan program berjalan dengan lebih lancar.

Turut hadir memberi sokongan kepada program ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar yang diiringi oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan mewakil Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhhelmy bin Ithnain dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman.

Walaupun sibuk dengan tugasan, namun tetap meluangkan masa untuk bersama-sama barisan petugas dalam menjayakan program ini.

Sesi pembungkusan berjalan dengan lancar. Sebanyak 8000 pek Bubur Lambuk berjaya disiapkan dan habis diagihkan kepada orang ramai.

Selain di Dataran Merdeka, agihan turut dilakukan di hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat pelancongan. Terima kasih kepada warga Lembah Klang yang berpusu-pusu datang demi merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang disediakan.

Program Bubur Lambuk kali ini tentunya lebih istimewa dan membawa makna yang tersendiri kerana adanya AJI-SHIO®. Tahun ini merupakan tahun ke-7 AJI-SHIO® bersama-sama RASA & Nu Ideaktiv bagi menjayakan Program Bubur Lambuk.

Setia bersama sejak 2019, AJI-SHIO® setiap tahun komited bersama-sama berganding bahu dalam menyediakan juadah istimewa ini untuk diagihkan kepada umat Islam yang berpuasa.

Malah tahun ini, para pengunjung luar negara yang turut sama berada di Dataran Merdeka juga berpeluang untuk merasai keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.

AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.

AJI-SHIO® MERIAHKAN RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA

Bukan setakat masak Bubur Lambuk menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa je, pada hari tersebut team AJI-SHIO® juga melakukan pelbagai aktiviti menarik untuk mendekatkan lagi jenama ini dengan orang ramai.

Di booth AJI-SHIO®, turut berlangsung jualan produk dengan harga promosi istimewa! Memang meriah lain macam. Beruntung para pengunjung yang datang ke booth AJI-SHIO®. Masing-masing pulang dengan senyuman.

Malah AJI-SHIO® juga turut mengadakan Demo Masakan Istimewa bersama Chef Naem dimana chef telah berkongsi dua resipi yang sesuai dinikmati sewaktu berbuka iaitu Roti John dan Tauhu Bergedil. Sedap betul! Gabungan AJI-SHIO ® Lada Berperisa dan AJI-SHIO ® Lada Hitam Berperisa pasti membangkit selera dan menambahkan lagi kelazatan hidangan anda.

Siap main kuiz lagi sementara menunggu waktu berbuka. Seronok para pengunjung menang hadiah.

 JOM RASAI SENDIRI KEENAKAN BUBUR LAMBUK AJI-SHIO®

Bagi yang tidak berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan produk-produk AJI-SHIO®, anda boleh masak sendiri di rumah. RASA kongsikan resipi Istimewa ini buat anda. Jom cuba!

 

 

 

Published by
Elina