Bulan Ramadan bakal disambut tidak lama lagi, Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan bulan yang mulia untuk masyarakat Muslim dengan menganjurkan Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 yang bertujuan merevolusikan penyedian sahur menjadi pengalaman berharga, cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan nanti.
Kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Objektif utamanya termasuk menggalakkan pemakanan seimbang, mempromosikan konsep Sahur yang ringkas, dan menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga.
Sepanjang kempen ini berlangsung, AMB juga akan mengedarkan pek produk yang dapat memberi manfaat kepada 25,000 isi rumah di 20 lokasi PPR berbeza di sekitar Lembah Klang. Kami berharap dengan langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Sahur dengan pilihan hidangan yang seimbang dan ringkas.
Dalam satu majlis yang diadakan di PPR Lembah Subang 2, pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah telah berlangsung bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut.
Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 ini telah bermula pada 14 Februari hingga 9 April 2024 dengan slogan “Konfem Senang, Konfem Sedap”. Pengguna produk ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM20,000 dalam peraduan Beli & Menang.
Hadiah yang ditawarkan termasuk; Bar Emas seberat 5g untuk lima pemenang bertuah, berserta hadiah mingguan TnG e-Dompet bernilai RM11,000 secara keseluruhan. Penyertaan adalah mudah dengan hanya beli produk Seri-Aji® bernilai RM6 sudah melayakkan anda untuk menyertai peraduan. Layari smartcooking.com.my untuk maklumat lanjut.