Akok Berlauk atau Baulu Berlauk? Di tempat anda, kuih ini dipanggil nama apa?
Walaupun nama yang berbeza mengikut tempat, rasanya sama saja kerana kedua-dua mempunyai adunan yang sama. Menerusi resipi yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini, cara membuatnya sangat senang dan cepat dimasak.
AKOK BERLAUK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
UNTUK INTI:
200gm daging | direbus & dicincang hingga masak
Tonton Tilapia Garing Bersos Limau l Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
Tonton Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah – beli online di sini
2 biji bawang putih – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
3 sudu besar rempah kurma – beli online di sini
Garam, gula & perasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma, tumis sampai pecah minyak. Masukkan sedikit air rebusan daging.
3. Masukkan bawang holland, tumis lagi. Masukkan daging. Kacau-kacau. Masukkan garam, gula dan perasa. Ketepikan.
UNTUK KULIT/ TEPUNG:
6 biji telur gred A
120gm tepung gandum – beli online di sini
5 sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA:
1. Masukkan telur dalam bekas. Pukul telur menggunakan hand mixer elektrik sampai kembang.
2. Kemudian masukkan gula dan esen vanilla dan garam. Pukul lagi bagi sebati dan kembang. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sampai betul-betul kembang. Ketepikan.
5. Bakar semula dengan suhu 180C selama 20 ke 30 minit dan gunakan api atas dan bawah bergantung kepada ketuhar.
6. Bila masak, keluarkan bagi akok rehat dalam 5 ke 10 minit, barulah dikeluarkan. Siap.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: