Akok Sedap & Mudah, Resipi Warisan Nenek

Share

Resipi akok ini walau mudah dibuat, tapi tak ramai generasi muda tau membuatnya. Dulu-dulu nenek-nenek masak , bakar dengan sabut kelapa. Bagi Khadijah Jaafar, pengasas Meester Muruku Malaysia, dulu dia sering berkepit dengan nenek untuk melihat arwah neneknya yang rajin memasak akok.

Dari situlah dia berminat untuk cuba membuatnya. Tetapi sudah pastilah dengan menggunakan oven.

Khadijah yang membahasakan dirinya Cik Tie turut menurunkan petua dari arwah neneknya untuk mendapatkan aroma dan rasa akok yang sedap iaitu memastikan tepung beras disangai hingga akak kekuningan. Jom semak resipi warisan daripada arwah nenek Cik Tie ini.

AKOK LEMBUT SEDAP



(Untuk 30 biji akok)

BAHAN-BAHAN :

  • 13 biji telur
  • 1/4 paket Tepung beras (125g)
  • 1 1/4 cawan santan (diperah dari 1 biji kelapa)

Bahan Air Gula :

  • 500gm gula pasir
  • 1 cawan air (cawan minum teh)
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :
1. Mulakan dengan masak air gula. Masukkan ke semua bahan air gula ke dalam periuk.Gunakan api yang sederhana. Bila air gulanya dah mendidih dan sedikit pekat tutup api. Biarkan air gula sejuk.


2. Apabila air gula dah sejuk boleh lah sangaikan tepung beras sehingga warnanya agak kekuningan untuk bangkitkan aroma akok dan dapatkan rasa yang sedap. Pastikan api perlahan, untuk pastikan tepung tak terlebih masak.


3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar.


4. Kemudian masukkan air gula, santan & tepung beras.


5. Kacau adunan sehingga sebati.


6. Tapiskan adunan. Untuk pastikan tiada ketulan.


7. Kemudian adunan direhatkan @ dibiarkan selama 2 jam. Supaya apabila dibakar akok akan naik cantik.


8. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit. Sapukan acuan muffin dengan minyak supaya akok tak melekat. Cik Tie suka sapukan dengan daun pandan supaya aromanya lebih harum.


9. Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.


10. Bakar ke dalam oven pada suhu 200 Celcius selama 10-15 minit. Guna api atas dan bawah. Siap.


.

Kredit foto & resipi : FB Meester Muruku Malaysia
#dapur LAZZ

INGIN MENCARI PILIHAN OVEN TERBARU UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MEMBAKAR AKOK DAN KEK SERTA BISKUT. JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib