Menjenguk laman sosial Hajah Sharifah Zainon di instagram seperti melihat seorang ibu sedang asyik memasak untuk anak-anak. Di samping gambar masakan yang dikongsikan, rakaman video aksi bersahajanya yang sedang memasak membuatkan sesiapa sahaja yang mengikuti IGnya akan merasa seronok.
Kali ini, beliau tampil dan beraksi di dapur rancangan Rasa Instafamous sambil berkongsi tips dan resipi menarik.
“Bermula pada tahun 2014, hanya berjinak-jinak mengambil gambar masakan dan memuat naik dalam instagram sahaja tetapi bila ramai yang direct message bertanyakan mengenai resipi, saya mula membuat rakaman video supaya senang diikuti. Hari-hari memang ada sahaja pengikut IG yang memberi feedback gembira setelah mencuba resipi yang yang saya kongsikan. Syukur alhamdulillah mereka suka, terutama pasangan muda yang beru berumahtangga”, katanya.
Ibu kepada 5 orang anak ini ternyata seorang yang penyabar, sangat peramah dan mudah mesra. Mula minat memasak selepas berkawin dengan suami tercinta Haji Mokhtar Mohamad apabila menyedari suaminya tidak minat untuk makan di luar. Dari situ beliau belajar memasak cuba untuk menawan hati suami dengan masakan kegemarannya. Beliau mencuba mempelbagaikan masakan agar suami dan keluarganya tidak jemu.
Ads
Hampir 28 tahun melayari rumah tangga, suaminya masih tidak suka makan di luar kerana percaya air tangan isterinya lebih memukau. Selama 5 tahun beliau belajar memasak sendirian berpandukan buku resipi setelah mengikuti suaminya yang ditugaskan ke Sarawak. Dari situ beliau sudah mahir memasak pelbagai jenis masakan seperti western food, chinese food dan lauk kampung yang menjadi kesukaannya. Selain menjadi suri rumah sepenuh masa beliau juga ada menjalankan bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa lapangnya.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Sharifah Zainon dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Berikut beliau telah kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
Kepada anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’ 3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali. 4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar. 5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa 6. Apabila daging empuk, padamkan api.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis da goreng Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF: Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.
2 .STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF :Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Terima kasih :FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
3. LALA CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
350 gm lala
6 biji cili padi | diketuk
50 gm halia | dihiris halus
1 sudu teh bawang putih cincang
1 cawan air
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh gula
4 sudu makan atau minyak masak secukup
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dan rebus lala dalam 20 saat, angkat dan toskan. 2. Panaskan minyak masak, masukkan halia, bawang putih, cili padi yang diketuk. 3. Tumiskan hingga wangi. 4. Masukkan secawan air, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan kedalamnya 5. Akhir sekali kacau dan gaulkan bersama lala sebentar, serta padamkan api segera.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Lala dimasak stail cina , penggunaan cili padi memberi rasa pedas Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF:Rebus lala jangan melebihi 20 saat, dan kacau sebentar sahaja bersama rencah untuk mengekalkan rasanya yang berjus dan lembut
4. SOTONG TIGA WARNA
BAHAN-BAHAN :
4 ekor @ 250 gm
Bahan sos Cheong Zeng :
300 gm tauchu
120 gm bawang merah
120 gm bawang putih
40 gm cili padi
400 gm cili merah
120 gm cili boh
120 gm sos plum
30 gm sos tiram
90 gm halia
Gula secukupnya
50 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
200 gm cili boh
60 gm bawang besar
60 gm bawang putih
40 gm cili kering
40 gm cili padi
40 gm tauchu
40 gm asam jawa
200 gm sos tomato
200 gm sos cili
10.air putih.80 gram
80 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali. 2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air . 3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api 4. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
5. ITIK SHAO YA
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik anggaran 1.7 -2.0 kg
Bahan sos itik :
1 sudu makan bawang putih cincang
3 sudu makan tauchu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
4 sudu teh gula
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit tepung kentang untuk pekatkan kuah
3 cawan air
Bahan untuk itik :
4 senduk air
2 sudu makan sudu.
2 kg minyak masak untuk menggoreng itik
Sedikit minyak bijan
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air dan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kanji/tepung kentang ke dalam kuali. 2. Biarkan mendidih dan masukkan tepung kentang untuk memekatkan kuah. Ketepikan sos. 3. Kemudian masukkan empat senduk air dan dua sudu makan madu tadi ke dalam kuali dan masukkan itik (jangan dipotong dahulu). 4. Biarkan mendidih dan siramkan dengan kerap ke atas itik sehingga berwarna perang. 5. Angkat dan toskan, gantung biar kering 6. Kemudian pijarkan minyak masak di dalam kuali lain. 7. Masukkan itik dan goreng ‘deep fried’, goreng kira-kira 10 minit. 8. Apabila sudah masak angkat, angkat dan gantung hingga minyaknya kering. 9. Kemudian siramkan dengan sedikit minyak bijan. 10. Potong itik kepada beberapa bahagian sebelum menghidang dan hidangkan bersama sos yang dimasak sebelum ini.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Didih dan ‘deep fried’ Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Rasa ala itik salai,berjus dan lazat dimakan bersama sos
Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Apa kata, sediakan hidangan istimewa nasi briyani buat keluarga.
Resipi yang dikongsi Fatimah Saari ini, sangat mudah untuk dibuat dan rasanya sangat menyelerakan.
NASI BRIYANI SIMPLE
BAHAN-BAHAN: (anggaran 4-6 orang makan)
3 cawan beras basmathi | rendam ½ jam & sejatkan – beli online di sini 1 sudu besar minyak sapi – beli online di sini 2 sudu besar marjerin planta (atau apa-apa marjerin pun boleh) ½ tin susu cair – beli online di sini 1 biji bawang besar | dimayang halus – beli online di sini 3 ulas bawang merah* – beli online di sini 5 ulas bawang putih* – beli online di sini 2 inci halia* (bahan bertanda * dikisar halus) 1 batang kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 3 helai daun pandan | siat & simpulkan 1 genggam daun ketumbar (optional) 1 genggam bawang goreng Sedikit gajus Sesikit kismis Pewarna oren /saffron 1 kiub ayam maggi Garam secukup rasa 2 sudu besar rempah beriani (saya guna brand Gemini, bancuh dengan sedikit air) Air mengikut sukatan beras basmathi yang anda guna (biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak. Lebih kurang sukatannya 1:1.5) 4 biji telur rebus (lepas nasi masak, letak je dalam nasi)
1. Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali. 2. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi. Tumis hingga wangi. 3. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang. 4. Masukkan kismis. Kacau rata. 5. Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
6. Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa. Masak hingga nasi kering. 7. Dengan menggunakan batang sudu, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng.
8. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak. 9. Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna oren. 10. Jangan terlebih gaul, nanti nasi akan patah-patah. Seelok-eloknya gunakan chop stick atau garfu. 11. Bila dah siap, boleh letak telur rebus dalam nasi.
½ ekor ayam *1 sudu garam masala *1 sudu serbuk ketumbar *1 sudu serbuk kunyit *1 sudu lada putih *1 sudu serbuk cili *3 sudu rempah kari daging (babas) – beli online di sini *Sedikit garam *1 sudu bawang putih (yang ditumbuk)
BAHAN TUMIS:
1 bawang besar | potong dadu 1 biji tomato | potong dadu 2 tangkai daun kari # 1 sudu bawang putih kisar# ½ sudu kecil jintan manis# Kulit kayu manis# Bunga lawang# Bunga cengkih# Garam Gula Kiub ayam ½ cawan susu cair Minyak
CARA-CARA:
1. Perap ayam dengan bahan bertanda * . Gaul sebati dan perap 30 minit. 2. Tumis bahan bertanda # . Kemudian masukkan bawang dan tomato yang didadukan. 3. Kacau biar sebati dan masukkan ayam dan air sikit. Gaul sebati. 4. Tambah susu cair, garam dan gula. Tutup periuk, biarkan ayam masak/empuk dalam 15-20 minit. 5. Kacau sebati, buat agak berkuah sikit. Bila dah siap, boleh tabur daun ketumbar. Sedia dihidang.
Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila=bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
BAHAN-BAHAN:
1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
2kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sosn yang dikehendaki.
Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.