Tetiba Teringin Makan Cucur Badak Nak Beli Mahal, Jom Buat Sendiri.

Share

 

Tetiba teringin makan Cucur Badak,  singgah gerai tepi jalan satu biji 60 sen, mak ai.. dua kali masuk mulut dah habis.   Tak puas makan, tu  yang teringin nak buat sendiri.  Ada sesiapa yang teringin nak buat sama, ini resipi yang boleh kita cuba dan makan puas-puas.

CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm keledek | direbus dan lenyek
  • 3 ½ sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN INTI:

  • ½ biji kelapa parut
  • 100gm udang kering  | direndam dan dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 7 biji cili merah | dikisar
  • 1cm halia | dikisar
  • 1 batang serai | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata.
  2. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
  3. Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
  4. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
  5. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
  6. Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
  7. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  8. Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos
Published by
Norasida Myasin