Sedar tak sedar, Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung sudah memasuki episod ke 10. Cepatnya masak berlalu. Hari ini menyaksikan aksi Ali dari Kugiran Masdo bersama ibunya, Puan Sariah yang telah berkongsi sajian-sajian berbuka nostalgia mereka di bulan Ramadan.
Ditemani pengacara Aril Pilus, banyak kisah nostalgia Ali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu yang ibunya tak tahu selama ni rupanya. Nakal juga ya. Siap curi-curi makan kuih di bulan puasa. Kan dah kena ‘sound’.
Sedap betul nampak Mee Bandung yang Puan Sariah ni masak. Ringkas je resipinya tapi bila air tangan mak-mak ni, nampak lebih enak dari biasa. Tak sia-sia Ali bergelut dengan ayam nak dapatkan telur segar untuk masak menu ni.
Bila petang, nak buat Kuih Cara Bergula. Boleh pula Ali dan Aril lena kan? Dah kena palu. Maklumlah, bulan puasa. Semuanya keletihan.
Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini memang sangat sesuai dimasak di bulan puasa ini. Memang berseleralah. Mudah dimasak, rasa pun enak.
Pasti ramai yang tak sabar nak cuba resipi dari Ali Masdo dan ibunya ini. Jadi jangan lupa salin resipinya ya. Pasti puas hati.
1. MEE BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam udang kering
- Air secukupnya
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 5-10 tangkai cili kering – dibuang biji, direbus
- 2 genggam kacang tanah goreng
- 2 keping biskut marie
- 4-5 tangkai sawi – dipotong
- 200 gram udang – dibersihkan
- 200 gram daging – direbus dan dihiris
- 1/2 ekor sotong kembang – hiris
- 3 cawan air rebusan daging
- 100gm kubis
- 1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan 2 sudu besar air (untuk gantikan biskut, jika suka)
- ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 biji telur
- 1 paket mee kuning – dicelur dan ditapis
CARA MEMASAK:
- Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air.
- Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, kacang goreng, biskut dan udang kering bersama air rebusan udang kering. Boleh juga guna air biasa.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan sotong dan daging. Masak hingga empuk kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
- Masukkan udang, AJI-NO-MOTO®, sedikit gula dan secubit garam.
- Masukkan mee, telur, hirisan sawi dan kubis.
- Masak sehingga mendidih. Gaul rata.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
2. KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang
- 3 cawan santan – sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
- 4-5 helai daun pandan
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu minyak masak
- 2-3 titik pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
- Adunkan santan bersama SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang, telur, dan garam.
- Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
- Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung.
- Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk.
- Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI