Menikmati sajian kegemaran dikala berbuka memang membuka selera. Dari rasa letih dan tak bermaya, nampak sajian ‘favourite’ depan mata, terus rasa tak sabar nak merasa.

Begitu jugalah dengan pasangan selebriti Alif Aziz dan isterinya Bella Astillah. Masing-masing berpakat menyediakan makanan kegemaran untuk berbuka.

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

Rupanya Alif Aziz ni suka makan menu Udang Masak Lemak Cili Api. Nasib baik sang isteri pandai memasak. Bolehlah sajikan menu ni. Nampak mudah dan sedap kan? Masak pula guna udang segar. Wah…Lagilah padu rasanya.

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

Ads

Bella pula tidak berapa gemarkan makanan manis. Tapi manisan yang satu ni, beliau suka. Hanya dengan menggunakan buah campuran dalam tin bersama beberapa bahan ringkas yang lain, dah boleh hasilkan sajian pencuci mulut yang sangat sedap. Bulan puasa begini, aneka sajian manis dan sejuk, semua nampak memikat.

Anda pun sudah tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

UDANG MASAK LEMAK CILI API

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang
  • 1 mangkuk santan
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 helai daun kunyit
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2-3 biji bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 6-7 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan serai. Tumis lagi hingga masak sekata.
  3. Tambahkan asam gelugur diikuti air dan juga santan. Kacau hingga sebati. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan berketul.
  4. Masukkan udang yang telah dibersihkan.
  5. Bila udang separuh masak, masukkan daun kunyit.
  6. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan mendidih.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

FRUIT COCKTAIL

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

BAHAN-BAHAN: 

  • 1 tin buah – buahan dalam tin – toskan airnya
  • 4-5 sudu makan isi jagung manis
  • 1 tin susu cair
  • Susu pekat manis secukupnya

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Masukkan buah-buahan dalam tin dan jagung ke dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan susu cair dan juga susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan ais dengan secukupnya.
  4. Sedia untuk dinikmati.

 

LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang

Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih.  Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini.    Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.

Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini  juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

Ads

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Alif Aziz & Bella Astillah Kongsi 2 Resipi Berbuka Paling Mudah Masak Di Bulan Puasa

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI