Biasanya, untuk jantung pisang, ramai yang buat celur, kerabu atau masak lemak saja. Jadi untuk kali ini, apa kata ubah selera sikit.
Kita buat jantung pisang goreng, hasil resipi daripada Ummi Hana. Fuhh, Nampak sedap. Goreng bagi ada rasa-rasa pedas, makan pula dengan nasi panas, terangkat!
Jom kita buat.
JANTUNG PISANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dibersih dan potong. Kemudian dicelur sekejap dan toskan
10 biji bawang merah | tumbuk kasar – beli online di sini
5 ulas bawang putih | tumbuk kasar – beli online di sini
1 inci kunyit hidup | tumbuk kasar – beli online di sini
10 biji cili api | tumbuk kasar – beli online di sini
Ikan bilis secukupnya | tumbuk kasar
Sedikit belacan
Garam & ajinomoto
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing.
2. Masukkan jantung pisang dan sedikit air. Masak sehingga air hampir kering.
3. Kemudian, masukkan garam dan ajinomoto mengikut selera masing-masing. Gaul rata.
4.Kalau suka pedas, boleh lebihkan lagi cili api. Apabila sudah masak, boleh hidangkan.
TIPS:
*Kalau tidak mahu jantung pisang melekat pada periuk, letak minyak sikit ketika mencelur. Senang untuk basuh periuk nanti.
Kredit resipi & foto: Ummi Hana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: