Minyak masak menjadi bahan utama yang sering digunakan untuk memasak terutamanya menggoreng. Di pasaran terdapat begitu banyak pilihan minyak yang dihasilkan daripada pelbagai sumber. Antaranya minyak kelapa, minyak sawit, minyak jagung, minyak biji bunga matahari dan sebagainya. Di sini anda mempunyai banyak pilihan dalam menentukan minyak masak yang sesuai digunakan. Sebenarnya untuk memilih minyak masak yang terbaik, anda perlu melihat label nutrisi yang dipamerkan pada produk.
Perhatikan komposisi terpenting lemak yang tersenarai.
Kebiasaannya minyak yang digunakan untuk memasak adalah terdiri daripada pilihan minyak sayuran. Bezanya adalah dari segi lemak iaitu lemak tidak tepu dan lemak tepu. Pengambilan lemak tepu dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein) darah, ia berfungsi mengangkut kolesterol dari organ hati ke arteri dan pengumpulan kolesterol dalam arteri boleh menyebabkan arteri tersumbat membawa kepada serangan jantung.
Manakala minyak masak yang mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah dan tinggi dalam lemak tidak tepu adalah lebih sihat. Penggunaan minyak jenis poli tidak tepu untuk menggantikan lemak tepu dapat membantu menguangkan aras kolesterol LDL darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bagaimanapun, asid lemak poli tidak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan menggoreng yang membabitkan penggunaan haba atau api yang panas. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko kanser atau barah untuk tempoh masa panjang.
Minyak mono tidak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tidak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari. Asid lemak mono tidak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini tidak sesuai untuk menggoreng dan sebaliknya hanyalah untuk menumis bagi mengekalkan khasiat minyak ini.
Minyak sawit pilihan tepat
Komposisi asid lemaknya dan kandungan antioksidan semula jadi, ini menjadikan minyak ini lebih sesuai digunakan untuk memasak dan menggoreng. Minyak sawit tidak mempunyai rasa, bau dan tidak mempengaruhi rasa masakan.
Melalui beberapa kajian, minyak sawit dapat mengurangkan kecenderungan darah untuk membeku kerana ia mengawal peratusan hormon tromboksana dan prostasilin dalam darah.
Berbanding dengan minyak sayuran yang lain, minyak sawit mempunyai daya tahan amat tinggi terhadap pengoksidaan, komposisi asid lemak yang unik dan vitamin E serta tahan lama berbanding dengan minyak sayuran yang lain.
Menggoreng lebih baik jika….
Sumber gambar: 123 royalty free
KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.
https://www.rasa.my/ayam-serai-bercili-tidak-jemu-makan/