Bau pandan dan rasa lemak pandan kaya menambahkan lagi enak bila makan dengan roti bakar.
HOMEMADE PANDAN KAYA
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula pasir
1 cawan air
3 biji telur #
1 cawan gula pasir #
1 cawan santan pekat,#
2 sudu tepung jagung #
1 sudu kecil pandan paste (untuk warna hijau, tapi kalau hendak biarkan warna coklat cukup masukkan daun pandan)#
CARA MEMASAK:
Masukkan gula dan air ke dalam periuk atau pan. Masak hingga jadi gula hangus atau karamel. (jangan hangus sangat nant pahit). Sudah masak biarkan sejuk.
Semua bahan-bahan bertanda # dikisar.
Campurkan kedalam air gula hangus yang telah sejuk.
Kacau diatas dapur dengan api yang kecil hingga pekat.
Siap untuk dihidangkan bersama roti.
INFO: Sejukkan dulu baru beru disimpan dalam bekas kedap udara.
Asyik dengar resipi ayam gunting je, apa kata kali ni kita cuba menu yang lain sedikit seperti resipi cendawan gunting yang gerenti buat orang ketagih bila dah makan. Nak buat resipi ni pun sangat mudah dan stok cendawan tiram pun mudah je nak cari di kedai.
Ayam pun dah mahal juga kan sekarang? bolehlah cuba resipi ni di rumah sebagai pengganti ayam untuk anak-anak. Jom kita cuba!
CENDAWAN GUNTING
BAHAN-BAHAN:
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Pati Ayam (optional)
Air
CARA PENYEDIAAN:
Cuci dan tosakn cendawan atau nak lagi mudah, tekap guna tisu dapur yang tebal sikit tu bagi cepat kering.
Bancuh adunan tepung dan kesemua bahan di atas pastikan jangan terlalu cair.
Celupkan cendawan dalam tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang panas.
Selepas siap dimasak jangan lupa gunting cendawan dan siap untuk dimakan.
Kredit: Fuzza Nisa
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara mudah buat kudapan rangup untuk hidangan raya . Mesti habis cepat tetamu asik layan Cornflakes madu karamel jer. Caranya mudah, senang dan tak perlu pakai oven. Modal rm10 boleh dapat 3 bekas jimat sangat!
RESIPI CORNFLAKES MADU KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
Cornfalke 1/2kg
Gula 250g
Majerin 250g
Susu pekat 3sudu
Buah hiasan taknak buh pon takpa (nak letak kacang pun sedap jugak)
CARA MEMASAK:
Panaskan gula, marjerin, susu sampai berbuih. Api perlahan tau takut hangit.
Dah pecah gula semua, masukkan cornflakes kacau rata.
Masukkan buah kering, gaul rata dan jemur seketika sampai kering.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira