Buat sendiri daging burger dengan bahan-bahan mengikut selera kita dan terjamin sihat untuk anak-anak.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul dada ayam @ daging
- 2 ketul kentang@carrot
- 2 biji telur
- 1 labu bawang besar
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh lada putih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh hilal @ kiup ayam
- 1 sudu teh serbuk soda *
- 3 sudu teh tepung gandum *
- 2 sudu teh tepung ubi.*
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan-bahan kecuali yang bertanda ( * ).
- Gaul sebati dan masukkan dalam bekas. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang bertanda (*).
- Masukkan adunan ke dalam acuan bulat ( yang biasanya digunakan untuk menggoreng telur ). Lapik di bawah acuan dan kukus 15-20 minit.
- Setelah masak, sejukkan daging burger dan bolehalh dibakar atau digoreng.
Nota: jika mahu simpan frozen, lapik setiap kepingan daging dengan menggunakan plastik agar ia mudah dikeluarkan dan tidak melekat.
Kredit resipi & gambar: Sabariah Hussain / Siti Fadilah Kamis