Anak-anak suka makan pizza? Apa kata anda cuba hasilkan sendiri. Tak susah pun nak buat sendiri adunan doh pizza ni. Malah toppingnya juga boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. 

PIZZA HOMEMADE

Anak-Anak Suka Pizza? Jom Cuba Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ni.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 220ml air biasa
  • 1biji telur
  • Sedikit garam
  • 20gm susu tepung
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar yis

BAHAN-BAHAN TOPPING (CADANGAN)

Ads

Anak-Anak Suka Pizza? Jom Cuba Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ni.

  • Satu labu besar bawang holland
  • Sosej
  • Keju Mozarella
  • Sos pasta original
  • Daun oregano
  • Isi ayam (sudah direbus terlebih dahulu)

 

CARA MEMASAK:

1. Bancuhkan dulu yis, air, gula sekata (Bancuh secara manual). Biarkan hingga 10 minit

2. Kemudian baru campurkan dengan bahan-bahan lain.

3. Uli sampai dapat doh elastik (biarkan rehat dalam 30 minit)

Anak-Anak Suka Pizza? Jom Cuba Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ni.

4. 1/2 kg tepung dapat 4 keping pizza. Bahagikan 4 bahagian.

Ads

5. Ambil satu bahagian dan canai dalam pan (ratakan seperti dalam gambar). Cucuk-cucukan doh pizza tadi dengan garfu (supaya udara senang keluar dan doh tidak menggelembung ketika dibakar)

Anak-Anak Suka Pizza? Jom Cuba Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ni.

6. Isikan topping ikut kegemaran anda.

Anak-Anak Suka Pizza? Jom Cuba Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ni.

Ads

  Anak-Anak Suka Pizza? Jom Cuba Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ni.

7. Bakar suhu 160c dalam masa 16 min (Bergantung pada oven masing-masing)

Anak-Anak Suka Pizza? Jom Cuba Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ni.

Kredit resipi & foto: Rajuna Bakar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI