Hidangan ringkas buat anak-anak yang kurang gemar makan nasi. Hanya guna ubi kentang dan beberapa bahan ringkas lain, anda mungkin boleh pikat kembali selera si kecil. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji ubi kentang
- 1 cawan tepung gandum
- Secubit garam
- Daun sup dan lobak merah parut secukupnya
- Keju | potong dadu
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi kentang hingga empuk. Kemudian lenyekkan.
- Masukkan tepung gandum, garam, daun sup dan lobak merah. Uli sebati hingga menjadi doh.
- Cubit doh, masukkan keju dan bentukkan bulat.
- Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Goreng dengan api yang kecil hingga kekuningan.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Mummy Chomey
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Limau Mandarin Oren Kering, Snek Tahun Baru Cina Yang Mudah
Mudah je rupanya nak buat snek Kulit Limau Mandarin Oren ni. Hanya perlu sediakan tiga bahan sahaja dah menjadi snek mudah ni. Bila menjelang Tahun Baru Cina memang tiba-tiba banyak stok limau mandarin di rumah kan? Kulitnya boleh disimpan buat snek dengan langkah mudah yang akan dikongsikan dibawah. Boleh cuba di rumah sahaja tak perlu beli lagi.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Christine’s Recipe. Jom kita cuba!
KULIT LIMAU MANDARIN KERING
BAHAN-BAHAN:
Anggaran 10 biji limau
Garam
Air
CARA PENYEDIAAN:
1. Buang kulit limau, kalau boleh kulit dia tu kupas sekali atau 2 kali kopek je.. sebab kan limau ni mudah lekang dari isinya kan.. senang nak cuci nanti nak buang putih kat dalam kulit limau tu
2. Sediakan air dalam mangkuk yang boleh tenggelamkan kulit limau dan masukkan garam.. agak-agakla garam tu ya.kacau sikit biar garam dan air tu sebati sikit
3. Rendam kulit limau dalam air bergaram nak bagi hilang wax kat kulit limau tu.. gosok-gosok sikit cuci nak guna dengan berus gigi pun boleh..
4. Rendam dalam 30 minit, bila dah nampak urat putih kat kulit limau dah mula serap air tu boleh la mula mengikis guna sudu .. buang yang urat putih tu pahit..
5. Masa proses merendam ni urat putih senang nak buang.
6. Bersihkan kulit limau dan mula atur atas dulang dan jemur dalam 3- 4 hari dan pastikan kulit limau betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
Cara Hasilkan Nugget Ayam Kentang Homemade Paling Mudah.
Anak-anak memang suka makan nugget. Kalau beli, kadang kala kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rupanya mudah sangat nak buat nugget ayam kentang homemade ni. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Malah boleh tambah aneka sayur supaya snek ni jadi lebih sihat. Bahan-bahan yang diperlukan dalam resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwa ni pun ringkas dan tak mahal. Memang berbaloi cuba.
NUGGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping isi dada ayam – kisar
- 2 biji telur
- 2 sudu makan tepung ubi kayu
- 4 biji ubi kentang saiz sederhana – rebus & lenyek
- 1/2 batang lobak merah – disagat
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
BAHAN SALUTAN:
- 3 biji telur
- Tepung beras secukupnya – boleh gantikan dengan tepung goreng ayam serbaguna atau serbuk roti
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan adunan ke dalam loyang bersesuaian dan kukus selama 15-20 minit. Masa mungkin berbeza ikut ketebalan adunan.
3. Bila dah masak, potong adunan tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Sediakan bancuhan telur dan tepung untuk salutan. Tepung boleh juga digantikan dengan serbuk roti.
5. Ambil kepingan nugget dan celupkan ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti. Lakukan hingga habis.
7. Panaskan minyak dan goreng kepingan nugget hingga garing keemasan.
8. Jika banyak dan nak sejukbekukan, goreng nugget separuh masak, sejukkan dan simpan dalam bekas bersesuaian sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwa
Kuih Siput Kari, Ini Cara Buat Bila Gulung Tak Mudah Patah
Kuih siput kari ini memang ramai peminat. Bukan sahaja pada Hari Raya, malah hari biasa pun ‘laku keras’.
Nak buat kuih ini agak makan masa. Kadang tu hampir lima jam nak menggentel dan menggulung. Tapi, bila makan sekejap je boleh habis satu balang.
Ikuti perkongsian Puan Asmida Nor cara membuat kuih siput kari yang mudah dan rangup. Jom kita buat.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum – Boleh beli online di sini
1 cawan @ 250g marjerin – Boleh beli online di sini
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar @ 25g serbuk kari ayam / daging – Boleh beli online di sini
200ml santan kotak – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam
1 biji telur gred C
Cara memasak:
Satukan kesemua bahan.
Gaul sehingga sebati jadi macam ni.
Tambah sedikit air sejuk untuk mendapatkan doh yang sesuai. (Boleh guna air daripada peti sejuk atau mesin penapis air.) Gaul sehingga jadi doh.
Beginilah doh yang dah siap. Tak lembik, tak keras. Kalau lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, tambah air sejuk.
Kalau nak tahu dah okey atau tak, bulatkan macam ni kecil-kecil.
Kemudian, terap atas acuan siput.
Dah boleh gulung. Bila kita gulung tak patah atau tak melekat pada acuan, itu kira ‘perfect’ dah doh kita.
Macam ni lah rupa yang dah siap digentel.
Goreng dengan minyak yang yang banyak dan cukup panas. Guna api sederhana. Bila nampak kuih macam dah keras sikit, barulah tabur daun kari. Goreng lagi sampai masak.
Dah siap kuih siput kari!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA