Jika disebut mengenai hidangan tiga rasa, terbayang dimata ikan siakap atau ikan kembung saiz besar yang dimasak dengan cara tersebut. Kalau nak tahu, masakan tiga rasa ni boleh je kita pelbagaikan dengan benda-benda lain seperti ayam. Malah anda juga boleh menggantikannya dengan udang, sotong dan sebagainya. Menu ini tidak terlalu pedas maka ia sesuai dinikmati oleh anak-anak.
AYAM TIGA RASA
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ads
200 gm isi dada ayam | dihiris
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 biji cili padi – abaikan jika masak untuk anak-anak
1 biji cili merah besar
1 biji tomato | potong dadu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
Daun ketumbar untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Kisarkan semua bahan bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah besar, tomoto.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar atas api sederhana hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam yang telah dipotong. Kacau hingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan gula dan garam secukup rasa.
Angkat dan sebelum dihidangkan hias dengan hirisan daun ketumbar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda mempunyai kekangan masa dan mahu cepat untuk menyediakan hidangan untuk keluarga, anda boleh sediakan terlebih dahulu stok atau pes yang diingini. Kemudian bolehlah disejukbekukan.
Cara ini boleh menjimatkan sehingga separuh daripada masa memasak yang biasa. Hari ini admin akan berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan stok ayam. Resipi ini juga sesuai buat ibu yang mahu membuat bubur nasi untuk anak kecil (anda boleh keluarkan garam dari resipi ini).
BAHAN-BAHAN:
Tulang ayam secukupnya
1 liter air
1 batang saderi | dipotong kecil
1-2 biji lobak merah | dipotong kecil
2 inci halia | diketuk
2 biji bawang besar | dipotong 4
2 ulas bawang putih | dimayang
2 batang kayu manis
3 biji | buah pelaga
2 biji tomato | dipotong 6
3-4 biji kentang | dipotong 4
4 helai daun bay
2 sudu garam
3 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Rebus semua bahan selama 4-5 jam dengan api kecil.
Setelah semua bahan empuk, sejukkan. Kemudian ditapis dan diambil stoknya sahaja.
Simpan di dalam bekas dan bolehlah disejukbekukan.
Penggemar ayam goreng mamak boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Kalai ni, nampak sedap. Resipi dari perkongsian ibu mertuanya yang telah tiada membuatkan terkenang dengan masakan ayam gorengnya. Untuk yang ingin mencuba Rasa kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM KALAI
BAHAN-BAHAN:
(Untuk 2 bahagian drumstick)
Serbuk kunyit 1/2 sudu makan
Serbuk cili 1 sudu makan
Sedikit garam..
Gula lebihkan sedikit
NOTA: Janji serbuk cili dan gula lebihkan sedikit kuantitinya daripada serbuk kunyit dan garam)
CARA MEMASAK:
Lumurkan kesemua bahan dan goreng dengan api yang perlahan sebab ada gula dan ia mengambil masa menggoreng.
Kena banyak bersabar kalau nak ayam garing dan sedap!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!