Anak-Anak Tak Tahan Pedas? Resipi Ayam Tiga Rasa Ni Pasti Kena Dengan Selera Si Cilik.

Share

Jika disebut mengenai hidangan tiga rasa, terbayang dimata ikan siakap atau ikan kembung saiz besar yang dimasak dengan cara tersebut. Kalau nak tahu, masakan tiga rasa ni boleh je kita pelbagaikan dengan benda-benda lain seperti ayam. Malah anda juga boleh menggantikannya dengan udang, sotong dan sebagainya. Menu ini tidak terlalu pedas maka ia sesuai dinikmati oleh anak-anak.

AYAM TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm isi dada ayam | dihiris
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 biji cili padi – abaikan jika masak untuk anak-anak
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan  sos ikan
  • Daun ketumbar untuk hiasan
  • Garam dan gula secukup rasa
    Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan semua bahan bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah besar, tomoto.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar atas api sederhana hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang telah dipotong. Kacau hingga ayam masak.
  4. Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan gula dan garam secukup rasa.
  5. Angkat dan sebelum dihidangkan hias dengan  hirisan daun ketumbar.
Published by
Nur